Selasa lepas aku sakit leher, betul2 kat pangkal leher. Rasa berat kat situ. Malam ajak hubby g farmasi kununnye beli koyok penadol tue. malam tue tampal le kat leher. Esknye ingat dag ok, tapi tak makin sakit. So terpaksa bgthu hubby nk g berurut malam Rabu tue. Tanya kat kak Jue, dia bagi 1 no nama akak tue Selasih. Duduk kat Laguna nie gak tapi blok F.
Malam tue dalam kul 9.30PM pergi le umh kak Selasih tue. Siap bawak escort lagi, Kak Ina & Ana..hehehe. Rupa2nya akak tue bekas ustazah kat sekolah (ala, tak tanye lak sekolah menegah ke sekolah rendah). Now dia dh pencen, so dia jugak menjahit & mengambil tempahan baju kurung & melayu. Last aku berurut time tersalin dulu r. Sesambil berurut tue kami berbual, akak nie tak kedekut ilmu langsung, mcm2 petua dia bagi kat aku. Siap ajar aku buat bekam angin lg.
Punya r lama dia mengurut, pai pukul 11. So aku terpaksa balik sorang coz escort2 aku dh balik sebab lame ngat tggu. Bagun time sahur tue aku rasa sangat sakit pada bahagian dia urut tue, kesan jari2nye. Yelah, biasa aku berurut ngn mak aku jew, tak pernah rasa sakit begitu, nie dapat kna urut ngn org len, mmg rasa sakit le. Tami hari nie dh tak rasa sakit, tapi leher aku still lenguh. Nanti aku nak repeat balik berurut tue...biar cepat sembuh leher nie.
Hari ke-7 dah hari nie, cepat sungguh masa berlalu. Tahun nie terasa sikit kepenatan berpuasa. Banyak faktor buat aku rasa penat & tak bermaya. MB kna ambil supplement supaya leh tambah tenaga, tapi klu mental dh penat cam mane tue??? Actually banyak faktor yg buat aku jadi so penat this year:
1. 1st time berpuasa di rumah baru yg agak jauh dari tempat keje. Biasa bulan pose office aku leh balik pukul 4.45PM utk colleague yg beragama Islam. Biasa last 2 & 3 years aku leh sampai rumah dalam masa kurang dari setengah jam perjalanan dari Damansara Uptown ke Damansara Damai, Tapi since dah duduk Kuang nie aku akan sampai ke rumah paling awal pon 5.50PM. Terpaksa menempuh perjalanan yg agak jauh + berhadapan dengan jem disebabkan adanya bazar ramadhan di 2 3 lokasi yg berkitan ngn jalan yg aku lalui + bertembung dengan bebudak balik sekolah coz terpaksa menempuh sekolah sebelum sampai ke rumah aku + ada 2 trafik light yg membosankan.
2. Adanya budak Adam yg mmg tengah lasak sekarang nie. Kalau nak masak mesti kana ada 1 org jaga dia, klu tidak, dia pon masak sekali...adeh, penat melayannye...sore aku pon dah macam tarzan dah...bayangkan lesung batu pon dia nak angkat, aduhai, gagah perkasa betol budak kenet nie.
3. Balik keje nak kena masak, even simple tapi masa sangat suntuk. So sampai rumah lebey kurang pukul 6PM. Klu bernasib baik, kak Ita (pengasuh Adam) cakap suruh aku nek dulu, nanti dia anto Adam. Coz kadang2 dia baru bangun tido, tak mandi lagi, tak makan lagi, so kak Ita nak settel budak kenet tue dlu...Al-hmdulillah, terima kasih kak Ita.
4. Bertambah keje rumah yg nak kena buat since dah ber3 nie...kadang tak terbuat, hehehe, nak buat cane kan, tangan ada 2 je.
5. Adam akan bangun menyusu 2 kali 1 malam. Bulan pose nie dah bertambah aku kena bangun malam utk bersahur pulak. So tak berapa nak cukup tido...
Conclusinye mmg penat le wanita yg bernama ibu yg berkeje di bulan pose...
Lately aku pon rasa kurang sihat. Dada sakit belah kiri. Tadi tanya Megat. Megat, jantung kita belah mane? Belah kiri!
Terus terdiam. Aku kena pergi klinik nie. Kena check. Jangan biarkan penyakit bersarang dalam diri. lately pon aku selalu rasa pening mcm hilang keseimbangan diri. Klu aku baring, tetiba aku pusing badan laju, tipe tue rasa musing terus, rasa nk pitam.
Everytime bangun buat susu Adam malam2 pon akan rasa mcm tue. Out g klinik r jap!
Bad news, abah tak sihat...demam & pening. Pergi hospital Ecik yg hantar. Doktor kata abah kena darah tinggi. Since abah dh tak berapa sihat, aku rajin gak mengoogle pasal darah tinggi nie. Bukan apa, it's good to us to know about this. At least we will avoid this.
Kebanyakan pengidap penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi pada usia senja. Tekanan darah adalah menunjukkan keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri ketika darah dipam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh. Tekanan darah dapat dilihat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya ditunjukkan dengan angka misalnya 120 / 80 mmHg. Angka 120 menunjukkan tekanan pada pembuluh arteri ketika jantung berkontraksi. Disebut dengan tekanan sistolik. Angka 80 menunjukkan tekanan ketika jantung sedang berelaksasi. Disebut dengan tekanan diastolik. Keadaan yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah dalam keadaan duduk atau berbaring.
Tekanan darah tinggi menyebabkan meningkatnya risiko terhadap stroke, serangan jantung dan masalah buah pinggang. Tanpa melihat usia atau jantina, semua orang boleh terkena penyakit jantung dan biasanya tanpa ada gejala-gejala sebelumnya. Tekanan darah dalam kehidupan seseorang bervariasi secara semulajadi. Bayi dan anak-anak secara normal memiliki tekanan darah yang jauh lebih rendah daripada dewasa. Tekanan darah juga dipengaruhi oleh aktiviti fizikal, di mana akan lebih tinggi pada saat melakukan senaman dan lebih rendah ketika berehat. Tekanan darah dalam satu hari juga berbeza, paling tinggi di waktu pagi hari dan paling rendah pada saat tidur di malam hari.
Tekanan Darah Tinggi sukar disedari oleh seseorang karena Tekanan Darah Tinggi tidak memiliki gejala khusus. Gejala-gejala yang mudah diamati antara lain yaitu:
1. Gejala ringan seperti pening atau sakit kepala 2. Sering gelisah 3. Wajah kemerahan 4. Tengkuk terasa kaku 5. Mudah marah 6. Telinga berdengung 7. Sukar tidur 8. Sesak nafas 9. Rasa berat di tengkuk 10. Mudah lelah 11. Mata berkunang-kunang 12. Keluar darah dari hidung
Tekanan Darah Tinggi dapat diketahui dengan mengukur tekanan darah secara teratur. Pengidap Tekanan Darah Tinggi, apabila tidak ditangani dengan baik, akan mempunyai risiko besar untuk meninggal karena komplikasi kardiovaskular seperti stroke, serangan jantung, dan sakit buah pinggang, penyakit lain akibatTekanan Darah Tinggi antaranya:
* Otak: menyebabkan stroke * Mata: menyebabkan retinopati hipertensi dan boleh menyebabkan buta * Jantung: menyebabkan penyakit jantung koronari * Ginjal: menyebabkan penyakit ginjal kronik
Penyebab Penyakit Darah Tinggi atau Hipertensi.
Penyebab Tekanan Darah Tinggi sering disebut sebagai salah satu penyakit degeneratif. Umumnya pengidap tidak mengetahui dirinya mengidap Tekanan Darah Tinggi sebelum memeriksa tekanan darahnya. Penyakit ini juga dapat menyerang siapa saja dari berbagai kelompok umur dan kelompok sosial-ekonomi. Namun lebih banyak ditemui pada usia lanjut yang merupakan salah satu faktor risikonya.
Faktor risiko terjadinya Tekanan Darah Tinggi, adalah antara lain:
Stres.
Faktor Keturunan (Genetik).
Usia.
Garam.
Gaya hidup yang kurang sihat.
Dengan semakin bertambahnya usia, kemungkinan seseorang mengidapTekanan Darah Tinggi juga semakin tinggi. Pengaruh usia terhadap stress sering juga terjadi. Banyak ditemukan mereka yang telah bersara mengalami perubahan kehidupan yang berbeza. Menghadapi keadaan di rumah tanpa aktiviti dan dianggap sebagai orang yang tak mampu lagi melakukan beberapa pekerjaan menimbulkan stres.
Adanya peningkatan volume cairan tubuh dan tekanan darah yang akan diikuti oleh peningkatan pengeluaran kelebihan zat garam sehingga kembali pada keadaan yang normal. Pada Tekanan Darah Tinggi keadaan inilah yang terganggu. Pola pemakanan dan aktiviti yang tak seimbang juga penyumbang yang besar penyebab Tekanan Darah Tinggi. Kebiasaan merokok, minum minuman beralkohol dan kurang bersenam juga mempengaruhi peningkatan tekanan darah.
Berat badan berlebihan terutama mereka yang mengalami obesiti akan mengalami tekanan darah yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan normal. Peningkatan tekanan darah ini ditemukan sepanjang hari, termasuk juga di malam hari. Apalagi ditambah, tekanan darah pada waktu malam sama seperti waktu siang pada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan hingga kegemukan. Sepatutnya, pada waktu malam, tekanan darah mengalami penurunan, apabila tekanan darah tetap tinggi, keadaan ini dapat menyebabkan gangguan pada jantung.
Tekanan Darah Tinggi dapat dikategorikan kepada dua kategori utama, iaitu primer dan sekunder. Tekanan Darah Tinggi primer ertinya Tekanan Darah Tinggi yang belum diketahui puncanya dengan jelas. Golongan kedua adalahTekanan Darah Tinggi sekunder yang puncanya boleh dikatakan telah pasti, contohnya buah pinggang yang tidak berfungsi dan hormon yang tidak seimbang yang merupakan faktor pengatur tekanan darah.
Pengawalan Penyakit Darah Tinggi
Faktor dominan yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi adalah pola pemakanan dan aktiviti tubuh. Akibat dua perkara tersebut dan pertambahan usia semakin meningkatkan risiko kemunculan penyakit. Pengendalian Tekanan Darah Tinggi antara lain ialah:
1. Diet rendah garam, kolesterol, dan lemak tepu. Mengurangkan pengambilan garam dalam diet harian. Harus diperhatikan kebiasaan pemakanan pengidapTekanan Darah Tinggi. Pengurangan pengambilan garam secara drastik agak sukar dilaksanakan, jadi sebaiknya dilakukan secara bertahap dan tidak dianggap sebagai penyembuhan utama. 2. Behenti merokok dan alkohol 3. Bersenam secara teratur 4. Menghindari stress. Wujudkan suasana yang menenangkan dan lakukan istirehat rutin setiap hari. Hal ini penting untuk memberi kesan ketenangan yang dapat mengawal sistem saraf sehingga dapat menurunkan tekanan darah. 5. Memperbaiki gaya hidup yang kurang sihat. Penting melakukan senaman seperti senamrobik atau jalan kaki sekitar 30 minit sebanyak beberapa kali dalam seminggu.
Pola Pemakanan Untuk Mencegah Penyakit Darah Tinggi
Salah satu faktor penyebab utama terjadinya Tekanan Darah Tinggi adalah asteroklerosis. Keadaan ini disebabkan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan. Oleh itu, untuk mencegah timbulnya Tekanan Darah Tinggi adalah mengurangkan pengambilan makanan berlemak yang berlebihan selain pengambilan ubat bilamana diperlukan. Pengawalan makanan berlemak sebaiknya dimulai sejak awal sebelum Tekanan Darah Tinggi muncul, terutama pada orang-orang yang mempunyai riwayat keturunan yang menghidap Tekanan Darah Tinggi dan pada orang menjelang usia lanjut. Sebaiknya mulai umur 40 tahun pada wanita agar lebih berhati-hati dalam pengambilan lemak kerana menghampiri menopause.
Prinsip utama dalam melakukan pola pemakanan sihat adalah gizi seimbang, di mana pengambilan pelbagai makanan yang seimbang yaitu:
* Sumber karbohidrat: biji-bijian. * Sumber protein haiwan: ikan, ayam, daging putih, putih telur, susu rendah/bebas lemak. * Sumber protein sayuran: kekacang. * Sumber vitamin dan mineral: sayur dan buah-buahan segar.
Pola pemakanan yang sihat bertujuan untuk menurunkan dan mempertahankan berat badan ideal, sehingga dianjurkan untuk mengimbangkan pengambilan kalori dengan keperluan tenaga dengan mengawal pengambilan makanan yang mengandung kalori tinggi dan/atau makanan yang kandungan gula dan lemaknya tinggi. Di samping itu, kerap melakukan aktiviti senaman yang cukup untuk mencapai kesihatan jasmani yang baik.
~Copy from HerbaJantung.Com. TQ for sharing with us the info!~
Weeken baru nie duk melayan keletah budak tecik nie. Banyak benda dah pandai. So pe lagi, time to tunjuk bakat. Bangun tido men sambil mulot pot pet pot pet, entah bahasa country mana dia guna. Kalau dia leka men, leh r buat keje 15mnit...pastue dia bosan men sorang2 terus merengek minta perhatian. Sudahnye mummy tak buat keje.
Sekarang nie pandai sgt, azan je, terus tadah tangan sambil muke tun nunjuk dia ngah amin..aduh, geram je! Cakap kat dia tggu dulu, habis azan baru amin. Org doa dia diam 10second, belum sempat habis doa dah tak tadah dh. Tapi dia sgt bijak coz dia tahu itu azan.
Kan dia dapat hadiah birthday i-pad. So i -pad tue ada lagu ABC. Bila pasang je lagu tue terus lompat. Berdiri pon banyak jatuh, besar hati nk lompat...tapi he so cute bila buat gitu...pastue buat2 ketawa terbahak...menyeringai pai tak nmpak mata. Suka sgt le tue...nak pulak bila kami semua ketawa tgk keletah dia, lagi r dia tunjuk bakat.
Balik keje Khamis malam Jumaat tue buat muke simpati malas masak...kekeke, leh gitu??? Boleh r! Memang klu hari Khamis je, aku rasa sgt penat. Rasa dh lame sgt keje. Tapi kalau Jumaat tak pulak, mb sbb excited nk weekend sabtu ahad.
Abg, malam nie ayg tak larat nk masak, kita makan kat luar je erk...tp abg belanje.
Amboi, dia ajak org, abg yg kna belanja? Bukan awk ke yg kena belanja?
Abg kan suami...kekekekeke
Pastue nampak hubby keluarkan tabung dia. Dalam hati 'abg xder duit ke nak belanje aku nie?' Dia kutip semua duit syiling atas meja solek masukkan dalam tabung. Salah lagi tekaanku..hehehe. Si kenet tue terus r sibuk nak buat jugak. Ayah dia ajar dia masukkan syiling tue dalam tabung. Bila duit tue dh masuk, kami tepuk tangan. Adam senyum2 nagn muka bangga. Dia sangat excited nak masukkan duit tue dalam tabung. Terjengkit-jengkit tangan dia cuba nk masukkan duit tue ke lubang tabung. Mummy pon excited tgk Adam buat, mummy topak syiling mummy lak. Bila kami nk pergi, amik tabung & simpan, Adam nagis tak bagi.
Gerak g makan kat Nasi Ayam Kuang. Perggghhhh, 1st & last aku makan kat situ. Xsedap langsung. Bila makan kat luar, rasa tak sedap mula r rasa nyesal tak masak...So blacklist kdai tue. Pas makan kami masuk kedai serbaneka sebelah kedai nasi ayam tue. Hubby nak beli tabung untuk Adam. Ayah cakap, Belajar menabung dari sekarang..! Mummy senyum je ngan perasaan bangga ada suami yg bijak mendidik anak.
Last week aku ada citer pasal kami bawak kakak ke SJMC kan...entry nie just nak update pe condition kakak lepas dapat ubat baru. Sebelum tue aku nak cite 'kepakaran' doktor kat SJMC tue. Since nie second appointment kakak, so dh 2 kali r aku jumpa doktor yg sama. 1st time meet hari tue xde r aku nk judge apa2 pasal doktor tue sbb org cakap 'tak kenal maka tak cinta' kan?
Tapi bila dah masuk kali ke2 jumpa, mmg comporm r takkan jatuh cintanya. Time kami jumpa dia tue, siap ada 1 org translator coz dia tak paham kami cakap bahasa Melayu. Kerek la lu doktor, kerja kat Malaysia, aku rasa dia pon warganegara Malaysia, tapi tak tahu cakap bahasa Melayu. Kami bukan r fluent sgt English nie, tapi banyak istilah kedoktoran nie aku tak berapa nak fasih, so terpaksa r ada seorang translator pulak. 1st time jumpa aku cerita serba sedikit pasal kakak, pastue dia tanya knp tak bagi ubat yg doktor kat hospital Jerantut tue suruh beri...so aku just cakap, bila kami bagi, kakak akan shut down tetiba, so kami notice ubat tue macam tak sesuai utk kakak. So doktor tue kata ubat tue yg terbaik, dia decide utk increasekan dose ubat tue. Rupanya dalam kereta baru r ma bagithu yg Hospital Jerantut dah kuarkan memo mengatakan kakak tak boleh amik ubt tue. So kami decide utk terus tak bagi ubt tue kat kakak. So aku mintak ma bawak surat reference tue for next appointment.
2nd appointment, aku suruh kakde involve lak. So banyak kakde le yg speaking London ngan doktor tue. After bagi surat reference tue ke doktor, dia tanya sama ada kami follow tak bagi kakak ubat ikut dose yg dia bagi for the last appointment tue. Mmg tak le kan...sbb kami dh ada surat tue. What for kami nk bagi & up kan lagi dose dia. Doktor marah sbb tak folo apa dia cakap. Kami explain r apa akan jadi bila kakak ambil ubat tue. Memang sangat bahaya utk kakak bile tetiba dia jatuh & kami tak sempat nak sambut dia.
Kami try explain kat doktor tue, tapi sedikit pon dia tak nk dgr. Ayat dia yg tak boleh bla....no...no...no...no.... Bila kami explain A, dia bangkang ...no...no...no...no.... Bila kami explain B, dia bangkang ...no...no...no...no.... So mmg xde peluang nk explain apa2. Aku dh diam je. Sbb perangai doktor tue sebijik perangai bos aku. Kecik beso, kecik beso je aku tgk doktor tue dah. Nak je aku tolak dia dari tingkat 7 tue. Even kakde yg tak cepat melenting tue pon dh tinggi sore sbb dia nk jugak try explain kat doktor tue apa akan jadi if kami tetap bagi kakak ubat tue.
Memang r kat pangkal nama doktor tue ada gelaran Dato, so bagi aku dia memang specialist dalam bidang nie and more experience, tapi itu tak bermakna dia memang terbaik & betul. You must know doctor, tak semua patient tue sama je situation dia and condition badan dia. So that y u become a doctor, to find out apa yg lainnya setiap patient you tue. Don't assume, sakit semua sama. even nama sama, tapi condition dia tetap berbeza. And 1 more thing, memang kami org kampung, tak master dlm hal kedoktoran nie, tapi bagilah kami peluang untuk bercerita tentang keadaan kami. Nie belum apa2 ko dh bangkang... At last, kami terpaksa diam, penat berlawan cakap ngn org yg terlalu pandai nie. Kami terlalu kecik dimatanye. Xde apa yg perlu didengari dari kami kerana kami langsung tak tahu apa2. KAMI YG BODOH. Doktor terus decide nak tukar ubt. So kami setuju jelah. Apa lagi suara yg kami ada. Doktor siap bagi pilihan kat kami, if ubat nie ok ngn kakak, so kami dh tak payah datang dh, just beli/ dapatkan ubat2 nie di hospital yg berdekatan atau pon datang if ada apa2 kesan yg tak elok pada kakak nanti. Kami kuar dari bilik doktor dengan muka org yg putus harapan & perasaan yg terbukan dalam jiwa. Hurm~
Panjang lak mukadimah aku kali nie, so nak cite hari nie ma col. Sesambil tue dia update aku tentang kakak setelah 4 hari makan ubt baru tue. Ma kata kakak macam pening. Bangun berjalan pon semua benda nk dilanggar. Lutut pon berlaga sebab nk tahan keseimbangan badan. So start hari nie ma dh stopkan kakak makan ubat tue, ma cakap nampak kakak makin better. Aku pon terus cakap kat ma, kita pon stop le pergi specialist tue. Bukan berputus harap, kami dh biasa tgk kakak aktif tetiba bila kakak makan ubat tue dia jadi sgt weak. Kami cuma berputus harap ngn specialist tue je. Kami akan ikhtiar ngn cara len. Allah dh buka banyak jalan, cuma kami perlu berusaha untuk mencarinya. Semoga Allah permudahkan lagi jalan & ikhtiar kami.
Tetiba terdetik dihatiku, since dh 2 jenis ubat yg kakak makan, kakak akan jadi weak, so aku rasa semua ubat2 tue hanyalah untuk melemahkan kondisi pesakit mental seperti kakak. Owh no!
Urm..since last few week mende nie dh kecoh. Makcu ada post kat wall kami ank2 sedaranye tentang issue ini.
Sekarang semua menda dh go thru FB je. Lepas dapat msg from makcu, makdak lak coll time lunch, ingat nk inform menda sama, rupanya tak, dia ada agenda tersendiri. Makdak nk menjemput rumah ke rumah dia hari Ahad lepas Asar. Dia ada buat bacaan Yassin & doa selamat.
So, aku pon inform hubby pasal mende nie. Dia cakap on umh wan balik, umh makdak pon akan pergi. Rumah wan balik petang sabtu lepas abg keje. Hari yang tiba semakin hampir. Tetiba dapat info from makdak yg wan plan hari ahad nak bakar lemang pulok. Adeh, terencat sudah planning kami. Menurut makdak wan nak buat lemang 10KG...pergghhhh!
Makdak ada coll aku story morry pasal hal nie. Adeh, klu boleh belah badan kami nie separuh umh wan & separuh lagi umh makdak, bru adil kan...tapi tue r takleh. Since sejak kawin aku pon tak pernah jejak kaki umh makdak lagi, aku sgt2 excited ngn planning nie, tapi la nie semua dh terbantut disebabkan extra planning dari wan.
Pagi Sabtu, seperti yg dijanjikan sebelum nie, aku hantar ma & kakak ke SJMC coz hari nie appointment kakak kat sana. 2nd appointment, so sekejap jelo. Settel kat SJMC, pergi rumah Sani makan tengahari. Lepas makan terus gerak balik Laguna. Packing barang sambil kemas rumah. Petang abg balik, terus kami gerak dalam pukul 6.15PM. Amik kakak Hanim kat TTDI, pastue singgah sembahyang kat Gombak. Sampai Karak, drop ma coz abah tunggu ma kat Karak.
Sampai kg almost pukul 10PM. Org dah terang dh. Hehehe, nak buat macam mane kan, dh tuntutan keje. Tapi al-hamdulillah, semua balik...sepupu pon ramai yg balik. Adam punya excited balik kg, tido pon kna paksa. Pukul 1AM tak nk tido2 lagi...
Pepagi bangun2 je dgr abg dh mesin kelapa dh. Adam dh tak nk bangun2 pulak. Terpaksa angkat dia & letak sebelah kakak Fatin sebab takut dia jatuh katil. So, confident sikit aku nak tinggalkan dia buat keje. Adam bangun je tido, terus nak jln coz tgk ramai kawan2 men kat tanah, so dia sgt excited nak joint. Terpaksa le ajak hubby pergi pekan sehari beli selipar Adam, coz kasut dia tinggal kat rumah.
Masa terus berlalu. Pukul 2PM lemang still tak masak. Mendung pon berarak. Pukul 3PM hujan turun dengan lebat. Terpaksa angkat semua lemang. Lepas Asar, kami siap2 nak balik. Dalam pukul 6 lebey gak baru gerak dari kampung. Melepas nak pergi umh makdak...Fuuhhhhh... Frustrated!
First time nak buat mkn2 nie aku agak nebes...yelo, semua letak atas bahu aku, hubby tolong cikit2 je...aceh sikit lagi tue... sape tolong jaga Adam time awk cari barang kat NSK? HUBBY!, sape tolong topak duit bila lint barang awk lebeh panjang dari kertas kajang? HUBBY! Sape tolong tolak trolly yg sarat ngn muatan? HUBBY! Sape angkat berbondong2 plastik yg awk beli? HUBBY! dh tue sikit lagi jasanya pada kamu??? hehehe. Sorry suamiku!
Birthday boy...I like dis pic very much coz mcm HERO REMAJA!
Aku list siap2 semua mende aku nk buat, since aku taknak jadi kelam kabut & lupa apa. Siap tampal kat peti ais. So malam Sabtu tue aku dh siap goreng rempah & kacang tanah + kopek bawang sekali (dibantu oleh assistant aku yg diimport khas dari Sentul, KAKDE.
Pepagi Sabtu kul 7 hubby dh kejutkan bangun. Dia olso kacau Adam suruh bangun. Aku siap2 mandi nak keluar g amik ayam + brekpes kat kedai roti canai peberet we olls. Siap kenyang perut, round pekan sehari seround pastue terus amik ayam. Terpaksa lak tunggu lama since abg kedai tue tak siap lagi potong mcm yg aku nak tue. Aku tkder r nk care org sekeliling, aku just tunduk baca paper. Tetiba aku terdengar suara agak garau, 'abg, santan mane?' Disebabkn aku tunduk, so ku nmpak dia dari paras pinggang ke bwh le. Errr, suara mcm lelaki, awat suar dia senteng sgt...laju r aku dongak, alahai maknyah rupanya. Pakai hot pent tapi paha tak mulus langsung. hitam kat bwh bontot & celah peha. Aku buat muka derk je kat situ. Dia nak bayar sekali dia bukak wallet, nampak dgn jelas nama lelaki dia...Ala, lupa lak nama dia. Tapi pic IC dia cover ngn sekeping gambar ukuran pasport yg len. MasyaAllah....speechless jap aku.
Balik rumah bukak cite hal nie, gelak beso HUBBY aku..dia cakap dia pon nampak kat luar kedai. (Mesti dia sempat lagi cuci mata..chesss!!!). Balik aku terus bz didapur menyediakan agar2, sup & puding roti. Dalam pkul 12 lebey macam tue Kak Ita call tanya ada apa2 nak tolong. Malu tapi mahu! hehehe, nasib kak Ita datang..klu tak terkangkang aku kat dapur. Kakde ade gak tolong, tp op coz tak cukup kaki tgn. Since Hubby pon dh g keje, so takde sesiapa yg leh diharapkan utk pergi kedai. Tambahan pulak aku still tak jemput 2 3 bijik umah lagi kat level aku tue. So sgt banyak mende tak buat lagi.
Adik, aku tugaskan part setup meja + decoration majlis. Belasah le adik, aku dh takde mase nk pikir mende tue dah. Ngam2 pas azan asar, Kak Ita anak beranak dia datang sebab dia dah jnji nk pinjamkan kuali coz aku mmg xde kuali beso. Sebelum balik tadi pon Kak Ita janji nak tolong gorengkan bihon, so dia datang berkonvoi ngan Kak Ina & Kak Intan sekali.
Bila org dah datang aku mula kelam kabut. Since aku tak bersiap lagi, so aku pergi bersiap. Taggalkan diaorg buat bihon tue.
Hubby xbalik lagi bila majlis dh start. So aku terpaksa tebal muka mintak tolong somi Kak Nor tolong bacakan doa. Nasib somi Kak Nor ok je. Al-hamdulillah, moga majlis kami diberkati. Siap baca doa, terus makan2. Lepas makan baru potong kek.
Hubby balik masa sesi ngah potong kek. Tapi terpaksa masuk bilik terus coz dia perlu mandi & sembahyang. Pas potong kek ada sesi bagi goodies utk kanak2. Seronok tgk diaorg berebut2 nakkan goodies tersebut. Lepas tue ada sesi buka hadiah. Terima kasih pada semua yg bagi hadiah + ang paw utk Adam.
Actually dh lama sgt teringin nk buat mkn2 sejak masuk rumah sendiri nie. Tapi asyik postpone je...so sempena tgh bulan ari tue birthday Adam, aku pon plan le buat mkn2 cikit. So aku bentangkan cadangan itu pada parlimen. Mula2 hubby tak approve, coz dia kata dia tak confident aku leh masak sendiri utk majlis tue. So, aku cakap aku nk tunjuk bakat aku kat dia le nie..kira nk exsen r sikit...kekeke.
So malam Jumaat tue kami kuar beli barang coz sabtu abg keje. Sampai pkul 12 AM lebey gak r kami beli barang. Nasib NSK Selayang tue bukak 24jam, klu tak comporm kna halau ngn tokey kedai. Lagipon aku sgt comfort shopping kat situ, coz barang2 basah dia sgt segar & serba lengkap. Lagi best sbb beli kat situ leh dapat dlm quantity yg bnyk sesuai utk buat kenduri + dia takde timing, so takder r rushing sgt.
Sabtu continue menyoping brg2 side lak mcm Tupperware beso coz aku mmg xde bekas beso utk letak makanan tue nanti. Nasib aku tahu port nk nyoping Tupperware yg murah & best nie. On d way nak pergi beli Tupperware tue lalu lak kat 1 kedai jual makanan ringan yg baru bukak area Sg Buloh tue. Aku pon menyinggah le...saje nk tgk benda dia jual. So tetiba dpt idea nk buat door gift utk bebudak. Even benda tue tak masuk dlm list & xder dlm budget, aku just borong 2 3 jajan utk buat bebudak happy.
On d way nak pergi TOYOGO, kedai Tupperware tue aku folo blkg lori kecik 1 tan kot... (tak reti sgt jenis2 lori nie). Trafik time tue agak slow sikit. Tetiba aku nampak ada api di bwh lori tue. Aku terus brek emergency since aku nmpak ada something jatuh kat tengah jalan tue...maybe cecair ir getah yg terbakar. Time tue hanya Tuhan yg tahu, menggeletarnya aku coz aku sgt takut berlaku sesuatu yg tak diingini. Aku takut lori tue meletup & aku org petama yg akan terima impact nye. So time tue aku don't care kereta dibelakang aku pnjang mana.
Since lori tue still bergerak & simpang aku cuma beberapa meter je lagi..aku pon move terus masuk simpang. Jalan dia sebelah menyebelah, so aku boleh nampak lori tue still geark until ada seorang penunggang motorsikal inform dia yg lori dia terbakar. Aku nmpak kelindan lori tue keluar & lari..tapi pemandu dia keluar & relex je pergi cari air & simbah enjin dia, so apa lagi minyak + air, makin beso api.
Nampak penunggang motor tue advice suruh driver tue bla jauh2 sikit.
Aku dh tak sanggup tgk babak seterusnya. So aku masuk kedai. After beli barang aku nampak mereka still cuba selamatkan apa2 yg patut. Nampak driver tue try tnggalkan kanvas lori dia. Aku laju je memecut, mls nk amik port coz Adam pon dh ngamuk nk tido.