Bad news, abah tak sihat...demam & pening. Pergi hospital Ecik yg hantar. Doktor kata abah kena darah tinggi. Since abah dh tak berapa sihat, aku rajin gak mengoogle pasal darah tinggi nie. Bukan apa, it's good to us to know about this. At least we will avoid this.
Rawatan dalam perubatan Islam.
Kebanyakan pengidap penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi pada usia senja. Tekanan darah adalah menunjukkan keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri ketika darah dipam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh. Tekanan darah dapat dilihat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya ditunjukkan dengan angka misalnya 120 / 80 mmHg. Angka 120 menunjukkan tekanan pada pembuluh arteri ketika jantung berkontraksi. Disebut dengan tekanan sistolik. Angka 80 menunjukkan tekanan ketika jantung sedang berelaksasi. Disebut dengan tekanan diastolik. Keadaan yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah dalam keadaan duduk atau berbaring.
Tekanan darah tinggi menyebabkan meningkatnya risiko terhadap stroke, serangan jantung dan masalah buah pinggang. Tanpa melihat usia atau jantina, semua orang boleh terkena penyakit jantung dan biasanya tanpa ada gejala-gejala sebelumnya. Tekanan darah dalam kehidupan seseorang bervariasi secara semulajadi. Bayi dan anak-anak secara normal memiliki tekanan darah yang jauh lebih rendah daripada dewasa. Tekanan darah juga dipengaruhi oleh aktiviti fizikal, di mana akan lebih tinggi pada saat melakukan senaman dan lebih rendah ketika berehat. Tekanan darah dalam satu hari juga berbeza, paling tinggi di waktu pagi hari dan paling rendah pada saat tidur di malam hari.
Tekanan Darah Tinggi sukar disedari oleh seseorang karena Tekanan Darah Tinggi tidak memiliki gejala khusus. Gejala-gejala yang mudah diamati antara lain yaitu:
1. Gejala ringan seperti pening atau sakit kepala
2. Sering gelisah
3. Wajah kemerahan
4. Tengkuk terasa kaku
5. Mudah marah
6. Telinga berdengung
7. Sukar tidur
8. Sesak nafas
9. Rasa berat di tengkuk
10. Mudah lelah
11. Mata berkunang-kunang
12. Keluar darah dari hidung
2. Sering gelisah
3. Wajah kemerahan
4. Tengkuk terasa kaku
5. Mudah marah
6. Telinga berdengung
7. Sukar tidur
8. Sesak nafas
9. Rasa berat di tengkuk
10. Mudah lelah
11. Mata berkunang-kunang
12. Keluar darah dari hidung
Tekanan Darah Tinggi dapat diketahui dengan mengukur tekanan darah secara teratur. Pengidap Tekanan Darah Tinggi, apabila tidak ditangani dengan baik, akan mempunyai risiko besar untuk meninggal karena komplikasi kardiovaskular seperti stroke, serangan jantung, dan sakit buah pinggang, penyakit lain akibatTekanan Darah Tinggi antaranya:
* Otak: menyebabkan stroke
* Mata: menyebabkan retinopati hipertensi dan boleh menyebabkan buta
* Jantung: menyebabkan penyakit jantung koronari
* Ginjal: menyebabkan penyakit ginjal kronik
* Mata: menyebabkan retinopati hipertensi dan boleh menyebabkan buta
* Jantung: menyebabkan penyakit jantung koronari
* Ginjal: menyebabkan penyakit ginjal kronik
Penyebab Penyakit Darah Tinggi atau Hipertensi.
Penyebab Tekanan Darah Tinggi sering disebut sebagai salah satu penyakit degeneratif. Umumnya pengidap tidak mengetahui dirinya mengidap Tekanan Darah Tinggi sebelum memeriksa tekanan darahnya. Penyakit ini juga dapat menyerang siapa saja dari berbagai kelompok umur dan kelompok sosial-ekonomi. Namun lebih banyak ditemui pada usia lanjut yang merupakan salah satu faktor risikonya.
Faktor risiko terjadinya Tekanan Darah Tinggi, adalah antara lain:
- Stres.
- Faktor Keturunan (Genetik).
- Usia.
- Garam.
- Gaya hidup yang kurang sihat.
Dengan semakin bertambahnya usia, kemungkinan seseorang mengidapTekanan Darah Tinggi juga semakin tinggi. Pengaruh usia terhadap stress sering juga terjadi. Banyak ditemukan mereka yang telah bersara mengalami perubahan kehidupan yang berbeza. Menghadapi keadaan di rumah tanpa aktiviti dan dianggap sebagai orang yang tak mampu lagi melakukan beberapa pekerjaan menimbulkan stres.
Adanya peningkatan volume cairan tubuh dan tekanan darah yang akan diikuti oleh peningkatan pengeluaran kelebihan zat garam sehingga kembali pada keadaan yang normal. Pada Tekanan Darah Tinggi keadaan inilah yang terganggu. Pola pemakanan dan aktiviti yang tak seimbang juga penyumbang yang besar penyebab Tekanan Darah Tinggi. Kebiasaan merokok, minum minuman beralkohol dan kurang bersenam juga mempengaruhi peningkatan tekanan darah.
Berat badan berlebihan terutama mereka yang mengalami obesiti akan mengalami tekanan darah yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan normal. Peningkatan tekanan darah ini ditemukan sepanjang hari, termasuk juga di malam hari. Apalagi ditambah, tekanan darah pada waktu malam sama seperti waktu siang pada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan hingga kegemukan. Sepatutnya, pada waktu malam, tekanan darah mengalami penurunan, apabila tekanan darah tetap tinggi, keadaan ini dapat menyebabkan gangguan pada jantung.
Tekanan Darah Tinggi dapat dikategorikan kepada dua kategori utama, iaitu primer dan sekunder. Tekanan Darah Tinggi primer ertinya Tekanan Darah Tinggi yang belum diketahui puncanya dengan jelas. Golongan kedua adalahTekanan Darah Tinggi sekunder yang puncanya boleh dikatakan telah pasti, contohnya buah pinggang yang tidak berfungsi dan hormon yang tidak seimbang yang merupakan faktor pengatur tekanan darah.
Pengawalan Penyakit Darah Tinggi
Faktor dominan yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi adalah pola pemakanan dan aktiviti tubuh. Akibat dua perkara tersebut dan pertambahan usia semakin meningkatkan risiko kemunculan penyakit. Pengendalian Tekanan Darah Tinggi antara lain ialah:
1. Diet rendah garam, kolesterol, dan lemak tepu. Mengurangkan pengambilan garam dalam diet harian. Harus diperhatikan kebiasaan pemakanan pengidapTekanan Darah Tinggi. Pengurangan pengambilan garam secara drastik agak sukar dilaksanakan, jadi sebaiknya dilakukan secara bertahap dan tidak dianggap sebagai penyembuhan utama.
2. Behenti merokok dan alkohol
3. Bersenam secara teratur
4. Menghindari stress. Wujudkan suasana yang menenangkan dan lakukan istirehat rutin setiap hari. Hal ini penting untuk memberi kesan ketenangan yang dapat mengawal sistem saraf sehingga dapat menurunkan tekanan darah.
5. Memperbaiki gaya hidup yang kurang sihat. Penting melakukan senaman seperti senamrobik atau jalan kaki sekitar 30 minit sebanyak beberapa kali dalam seminggu.
2. Behenti merokok dan alkohol
3. Bersenam secara teratur
4. Menghindari stress. Wujudkan suasana yang menenangkan dan lakukan istirehat rutin setiap hari. Hal ini penting untuk memberi kesan ketenangan yang dapat mengawal sistem saraf sehingga dapat menurunkan tekanan darah.
5. Memperbaiki gaya hidup yang kurang sihat. Penting melakukan senaman seperti senamrobik atau jalan kaki sekitar 30 minit sebanyak beberapa kali dalam seminggu.
Pola Pemakanan Untuk Mencegah Penyakit Darah Tinggi
Salah satu faktor penyebab utama terjadinya Tekanan Darah Tinggi adalah asteroklerosis. Keadaan ini disebabkan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan. Oleh itu, untuk mencegah timbulnya Tekanan Darah Tinggi adalah mengurangkan pengambilan makanan berlemak yang berlebihan selain pengambilan ubat bilamana diperlukan. Pengawalan makanan berlemak sebaiknya dimulai sejak awal sebelum Tekanan Darah Tinggi muncul, terutama pada orang-orang yang mempunyai riwayat keturunan yang menghidap Tekanan Darah Tinggi dan pada orang menjelang usia lanjut. Sebaiknya mulai umur 40 tahun pada wanita agar lebih berhati-hati dalam pengambilan lemak kerana menghampiri menopause.
Prinsip utama dalam melakukan pola pemakanan sihat adalah gizi seimbang, di mana pengambilan pelbagai makanan yang seimbang yaitu:
* Sumber karbohidrat: biji-bijian.
* Sumber protein haiwan: ikan, ayam, daging putih, putih telur, susu rendah/bebas lemak.
* Sumber protein sayuran: kekacang.
* Sumber vitamin dan mineral: sayur dan buah-buahan segar.
* Sumber protein haiwan: ikan, ayam, daging putih, putih telur, susu rendah/bebas lemak.
* Sumber protein sayuran: kekacang.
* Sumber vitamin dan mineral: sayur dan buah-buahan segar.
Pola pemakanan yang sihat bertujuan untuk menurunkan dan mempertahankan berat badan ideal, sehingga dianjurkan untuk mengimbangkan pengambilan kalori dengan keperluan tenaga dengan mengawal pengambilan makanan yang mengandung kalori tinggi dan/atau makanan yang kandungan gula dan lemaknya tinggi. Di samping itu, kerap melakukan aktiviti senaman yang cukup untuk mencapai kesihatan jasmani yang baik.
~Copy from HerbaJantung.Com. TQ for sharing with us the info!~
Rawatan dalam perubatan Islam.
No comments:
Post a Comment