Thursday, July 12, 2012

Condition Kakak After Tukar Ubat

Last week aku ada citer pasal kami bawak kakak ke SJMC kan...entry nie just nak update pe condition kakak lepas dapat ubat baru. Sebelum tue aku nak cite 'kepakaran' doktor kat SJMC tue. Since nie second appointment kakak, so dh 2 kali r aku jumpa doktor yg sama. 1st time meet hari tue xde r aku nk judge apa2 pasal doktor tue sbb org cakap 'tak kenal maka tak cinta' kan?

Tapi bila dah masuk kali ke2 jumpa, mmg comporm r takkan jatuh cintanya. Time kami jumpa dia tue, siap ada 1 org translator coz dia tak paham kami cakap bahasa Melayu. Kerek la lu doktor, kerja kat Malaysia, aku rasa dia pon warganegara Malaysia, tapi tak tahu cakap bahasa Melayu. Kami bukan r fluent sgt English nie, tapi banyak istilah kedoktoran nie aku tak berapa nak fasih, so terpaksa r ada seorang translator pulak. 1st time jumpa aku cerita serba sedikit pasal kakak, pastue dia tanya knp tak bagi ubat yg doktor kat hospital Jerantut tue suruh beri...so aku just cakap, bila kami bagi, kakak akan shut down tetiba, so kami notice ubat tue macam tak sesuai utk kakak. So doktor tue kata ubat tue yg terbaik, dia decide utk increasekan dose ubat tue. Rupanya dalam kereta baru r ma bagithu yg Hospital Jerantut dah kuarkan memo mengatakan kakak tak boleh amik ubt tue. So kami decide utk terus tak bagi ubt tue kat kakak. So aku mintak ma bawak surat reference tue for next appointment.

2nd appointment, aku suruh kakde involve lak. So banyak kakde le yg speaking London ngan doktor tue. After bagi surat reference tue ke doktor, dia tanya sama ada kami follow tak bagi kakak ubat ikut dose yg dia bagi for the last appointment tue. Mmg tak le kan...sbb kami dh ada surat tue. What for kami nk bagi & up kan lagi dose dia. Doktor marah sbb tak folo apa dia cakap. Kami explain r apa akan jadi bila kakak ambil ubat tue. Memang sangat bahaya utk kakak bile tetiba dia jatuh & kami tak sempat nak sambut dia.

Kami try explain kat doktor tue, tapi sedikit pon dia tak nk dgr. Ayat dia yg tak boleh bla....no...no...no...no.... Bila kami explain A, dia bangkang ...no...no...no...no.... Bila kami explain B, dia bangkang ...no...no...no...no.... So mmg xde peluang nk explain apa2. Aku dh diam je. Sbb perangai doktor tue sebijik perangai bos aku. Kecik beso, kecik beso je aku tgk doktor tue dah. Nak je aku tolak dia dari tingkat 7 tue. Even kakde yg tak cepat melenting tue pon dh tinggi sore sbb dia nk jugak try explain kat doktor tue apa akan jadi if kami tetap bagi kakak ubat tue.

Memang r kat pangkal nama doktor tue ada gelaran Dato, so bagi aku dia memang specialist dalam bidang nie and more experience, tapi itu tak bermakna dia memang terbaik & betul. You must know doctor, tak semua patient tue sama je situation dia and condition badan dia. So that y u become a doctor, to find out apa  yg lainnya setiap patient you tue. Don't assume, sakit semua sama. even nama sama, tapi condition dia tetap berbeza. And 1 more thing, memang kami org kampung, tak master dlm hal kedoktoran nie, tapi bagilah kami peluang untuk bercerita tentang keadaan kami. Nie belum apa2 ko dh bangkang... At last, kami terpaksa diam, penat berlawan cakap ngn org yg terlalu pandai nie. Kami terlalu kecik dimatanye. Xde apa yg perlu didengari dari kami kerana kami langsung tak tahu apa2. KAMI YG BODOH. Doktor terus decide nak tukar ubt. So kami setuju jelah. Apa lagi suara yg kami ada. Doktor siap bagi pilihan kat kami, if ubat nie ok ngn kakak, so kami dh tak payah datang dh, just beli/ dapatkan ubat2 nie di hospital yg berdekatan atau pon datang if ada apa2 kesan yg tak elok pada kakak nanti. Kami kuar dari bilik doktor dengan muka org yg putus harapan & perasaan yg terbukan dalam jiwa. Hurm~

Panjang lak mukadimah aku kali nie, so nak cite hari nie ma col. Sesambil tue dia update aku tentang kakak setelah 4 hari makan ubt baru tue. Ma kata kakak macam pening. Bangun berjalan pon semua benda nk dilanggar. Lutut pon berlaga sebab nk tahan keseimbangan badan. So start hari nie ma dh stopkan kakak makan ubat tue, ma cakap nampak kakak makin better. Aku pon terus cakap kat ma, kita pon stop le pergi specialist tue. Bukan berputus harap, kami dh biasa tgk kakak aktif tetiba bila kakak makan ubat tue dia jadi sgt weak. Kami cuma berputus harap ngn specialist tue je. Kami akan ikhtiar ngn cara len. Allah dh buka banyak jalan, cuma kami perlu berusaha untuk mencarinya. Semoga Allah permudahkan lagi jalan & ikhtiar kami.

Tetiba terdetik dihatiku, since dh 2 jenis ubat yg kakak makan, kakak akan jadi weak, so aku rasa semua ubat2 tue hanyalah untuk melemahkan kondisi pesakit mental seperti kakak.  Owh no!

No comments: