Wednesday, October 24, 2012

Rezeki Kakak


Semalam tgk FB Lau Lee, YB Jerantut. Dia ada bagi bantuan pada 18.10.2012 (Khamis) 4.00 petang:


Cilok pic dari FB YB


'Menyampaikan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012 kepada penerima-penerima Kampung Bukit Genting'. So nampak ada pic abah kat situ. Petang tue on d way balik keje terus coll abah.

Berapa ratus YB bagi duit?

Ai, asal duit je ko tau erk..hehehe

Hahahaha…idok le, nampak muke aboh kna tepek kat pesbook.

Eh, yeke..muka abah kat pesbuk.

Yelah, gelemer abah aku…abah duduk sebelah pokbeh.

Owh yelah, abah balik dari sembahyang asar, terus r singgah amik duit wek ngn kakak. Kenapa, awok tak gaji lagi ke, nak pinjam duit kakak.

Hehehe, dok r..ade lg duit. Dapat berapa? (nada kepochi)

RM150

Al-hamdulillah…



Pastue pnjang lagi cite nye, maleh r aku taip kat sini. Cuma apa yg atas tue je aku nk highlight. Selama kakak hidup, almost 30 tahun, baru berapa kali je kakak dapat bantuan dari kerajaan bagi daerah Jerantut. Dulu time duduk kat Bentong dulu, al-hamdulillah, mmg banyak juga yg dapat. Since kakak pon mmg layak sebagai orang OKU, tambahan pulak abah orang kenal sebab dia jaga api (TNB) kat kawasan Pelangai tue. Even thou kakak pon mmg under kebajikan TNB. Al-hamdulillah itu r rezeki kakak!

Tapi since balik Jerantut, orang dah tak nampak kewujudan kakak, biorpon kakak paling ‘pemes’ kat kg tue sbb ari2 meronda kg tue nek jip oren abah. Tapi aku percaya mostly mmg org kenal sgt kakak and yg penting orang tahu kakak 1 of OKU kat kg tue. Ala, kg aku tue bukan beso mane pon, orang OKU kat kg tue pon tak silap aku kurang dari 5 org (if aku tak salah pandang). Tapi everytime time bantuan kerajaan macam time raya bagai, kakak mmg tak pernah dapat…eh bukan tak pernah, baru sekali 2 je dapat. Sedangkan tiap2 tahun ada je bantuan kerajaan yg dihulurkan bagi org2 yg layak (OKU & warga emas) di kampong tersebut tapi nama kakak tak tersenarai dalam penerima bantuan tersebut. Klu kakak dapat pon for sure untuk penerima yg ramai and dalam group yg besar. Maksud aku kat situ, dh habis semua nama kt kg tue, baru lah mereka akan letak nama kakak. Means nama kakak nie dalam group terkecuali.

Kakak

Kalau diikutkan nama kakak patut dalam list top 5 utk penerima OKU di kawasan kg aku tue. Memang aku akui ramai penerima layak kat kg aku tue especially warga emas. Tapi kakak still layak dalam kategori dia tersendiri. Tapi mmg selalu rezeki tak menyebelahi dia. Alasan depa cakap, kakak org kaya. Kaya sangat ke family kami tue??? Even klu kaya sekali pon, kakak memang layak sebagai penerima kerana dia OKU, tak mampu menguruskan diri sendiri. Tapi yg pelik, bila yg dapat bantuan mesti ada yg family related punya even bau2 bacang, time2 gini tetiba je jadi family related. Lepas tue punya r tetap tak mahu beri kat kakak, boleh letak 1 family tue sampai 2 org penerima bantuannye even mereka boleh je menguruskan diri & bekerja. Nampak disitu ‘ketidakadilan’ dalam menggunakan kuasa mereka sebagai org yg berkuasa di kawasan kg aku itu. If ko family related ngn org berkuasa di kg tue, you will get the advantage even thou got someone else yg lebih memerlukan.

Al-hamdulillah, sejak bertukarnya tampuk kepimpinan di kg aku tue, dh nampak gap itu seperti telah dilupuskan. Semoga ketua yg baru ini menjadi pemimpin kg yg dedikasi, tak memilih kasih dan yg paling penting ikhlas dalam melaksanakan tugas & tanggungjawab dia sebagai pemimpin. Moga kg kami terus maju di masa akan datang dengan pemimpin yg berwibawa sekarang. Hidup KG BUKIT GENTING, JERANTUT, PAHANG!




No comments: