Tuesday, April 24, 2012

Berita Baik Dari Pengarah Hospital Jerantut

Mendung je pagi nie...sesayu hatiku. Smlm coll ma, ma cakap dia batuk berdarah, risaunye aku..sbb dia cakap dia jarang mkn ubat batuk yg doktor bagi tue. Urmmm...mb ma dah takut nk mkn apa2 ubat. Aku suruh dia g hospital lagi, dia cakap, tgk r esok klu batuk kuar darah lagi, dia nak pergi...harap2 ma tak apa2.

Pagi ni received call dari Dr Salam (Pengarah Hospital Jerantut). Dia nak cakap pasal dia dah bua appointment    ngan Skin Specialist Hospital Kuantan, untuk refer kes ma nia. So dia cakap ada 1 procedure ni, akan lekat something kat belakang ma, benda tue tak boleh kna air selama 5 hari. So doktor tanya macam mana, sbb kebanyakkan org tak buat procedure tue sbb ssh nak sembahyang. Aku cakap, boleh lagi sembahyang, sbb klu amik air sembahyang pon bukan pai tengah belakang pon. Tapi procedure tue perlu 3x repeat kat specialist tue. 1st untuk pergi tampal, selang 2 hari nak kna datang coz doktor nk review and another day untuk collect result. Time tue aku dh terdiam dh... 3 kali nk ke Kuantan, jauh tue...

So aku mintak kat doktor refer to KL coz aku cakap kat Kuantan aku xder sedara mara kat sana. Bukan apa, klu kat KL senang aku ngn adik2 aku leh bwk ma. Tapi doktor kata better buat di Pahang je coz kat KL ramai patient, so mb dia akan bagi appointment lagi 6 bulan lagi. Lagipon Dr skin tue kwn Dr Salam nie, so Dr Salam dh inform dia pasal kes ma nie, so Dr tue dah janji nak review ma. Puffff..... And Dr Salam cakap diaorang akan prepare transport, 1 nurse t follow ma, bawak ma pergi & balik... Terkanjat boboi jap!!! Yeke Dr? tanya aku balik... mcm tak caya je. Dr kata yup, cuma aku perlu convince ma untuk pergi and agree untuk folo procedure yg tampal benda alah tue kat belakang selama 5 hari...

Sgt excited nk bgthu ma menda nie. Harap ma akan setuju. lagi 1 mission nak kna pujuk lil bro temankan ma. Bukan aku tak caya ma pergi sorang, tapi nanti doktor kata len, ma balik, citer kat kami version len....

Monday, April 23, 2012

Update From My Mom!

On d way balik dari umh Sani mlm tue, ma da col, dia cite pasal ada 2 org dari Hospital Jerantut ada datang tengahari Jumaat tue berjumpa ma. Urm, merembas erk korang datang bila pengarah korang arahkan... Klu ikot cakap Dr Salam hari tue dia kata nak datang hari Isnin or Selasa, nie Jumaat dah sampai...mmg terBEIK!

So ma cerita semula r pada 2 org staff hospital tue. Dieorg datang amik report kad ma. Banyak sebenar yg ma cerita, tapi aku dh tak ingat...nanti aku ingat, aku update semula...

Adam @ SJMC

Last week repeat Adam again @ Klinik Mutiara sbb still dengar dia batuk & dada dia berkahak. Sampai kat klinik, doktor terus bagi surat suruh refer to specialist sbb dah lama sangat batuk. So kami choose SJMC is now Sime Darby Medical Centre Subang Jaya. Supposed pergi hari rabu, tapi hari rabu abg OT, so takleh pergi. Decide pergi Jumaat. Since Khamis tue aku tak sihat, mcm nak demam, so Jumaat tue aku taram MC le.

Aku mmg tak familiar sgt sepital mahal2 nie...Tapi pergi gak r demi Adam. So sampai kat sana dalam pukul 11 lebih. Pergi kaunter information, dia trus suruh pergi level 6. So kes aku di refer pada Dr Ali Azman Minhaj After doktor check, dia cakap Adam ada Asthma... La, dapat jugak kat Adam 'saka' nie...

Doktor suruh admit wad pai hari Ahad, tapi aku mintak another choice sebab klu boleh aku tak nk r melabur kat sepital nie...mau ribu riban kang...mmg r company aku cover, tapi pe2 hal pon kna bayor dlu. Adeh! senak napas klu nk kna bayo ribu riban nie. So Dr bg choice len, dia suruh buat treatment sendiri kat rumah.  Tapi next week kna repeat datang lagi untuk follow up.

Dr bagi nebulizer kat Adam...mengamuk r member time masuk gas tue...nasib kejap je...klu zman aku dlu makan berjam gak.. Lepas tue kna buat chest treatment. Tapi time tue Adam baru lepas menyusu, Nak buat treatment tue kna puasa dlu, klu tak nnt boleh muntah. So nurse suggest suruh pergi amik ubat & buat payment dlu. Pergi farmasi area kecemasan, dia org suruh buat payment sementara dieorg prepare ubat-ubatan. Sekali tup tap tup tap key-in, hamik ko... RM426.05. Gluppp! menggigil kuar kad kedit. Zassss, melayang RM426.05...sambil tunjuk resit tue kat Adam, cakap kat dia, "time mummy beranakkan awk pon, bil sepital tak sampai bnyak nie pon...tue pon duduk sepital 15 hari tue.." Gelak Adam dengar aku cakap gitu..suka dia dapat rabakkan duit mummy.

Dalam pukul 1.30PM bru masuk buat chest treatment tue. Adam kna bedung, lepas tue dia tepuk belakang badan & dada kuat2..lepastue dia guna mesin & tiub panjang, masukkan dalam hidung & tekak adam... kerang r Adam nagis, pai biru2 bibir.... Time buat procedure tue mcm tak sampai hati je nak teruskan, tapi mengenangkan ia untuk kebaikan Adam, so terpaksa le...

Dah siap semua, kami gerak umah Sani, makan tengahari...saje buli maklang, sbb maklang tak keje hari nie...kekekeke

Thursday, April 19, 2012

Feedback from Pengarah Hospital Jerantut

Pukul 8:36AM aku ngah drive nak pergi kerja, tetiba dapat panggilan dari 09-590 2353, aku mula tak sedsap hati, rupanya dari Melor bt Sujud dari penyelaras aduan di JKN Pahang. Dia nk tanyak detail pasal ma. So time tue takde r banyak sangat info yg aku boleh bagi coz mmg aku kurang pasti. So aku coll kakde mintak IC ma. Coll ma nk tnye date & time dia pergi hospital tue, ma lak tak angkat. So tggu tghari sikit baru col semula. Dah dapat detail tue, baru r aku msj dia balik.

Tadi pukul 4:16PM received call dari no Pahang lagi. Dia memperkenalkan diri sebagai DR. Devaraj Salam
 (Pengarah Hospital Jerantut). Glupp! telan air liur jap aku... Boleh ke aku cakap ngn org beso2 nie, sbb aku nie org kecik je... Pandai ke aku nk susun ayat nanti? Itulah yg bermain dikepala aku saat itu. Tapi aku dh buat aduan semalam, so aku harus bertanggungjawab atas apa yg dh aku buat. Allah permudahkan jalanku, rupanya DR tue sgt r polite and aku sgt selesa berbicara dengan dia.

Doktor tue tanya le apa sebenarnye yg terjadi, since the 1st day ma aku pergi. So aku cerita 1 persatu pada doktor tersebut. So dia mintak nama2 doktor & nurse yg terlibat dalam kes nie. Aku cakap aku xder report kad mak aku. So dia cakap dia akan pergi umh ma untuk dapatkan fotocopy of report card tue. Dr berjanji akan siasat kes nie. Malah dia akan pastikan sesiapa yg terlibat dalam kes nie, jika didapati betul2 bersalah, dia akan dikenakan tindakan disiplin. Dr nak sangat tahu nama nurse yg boleh tanya ma aku "makcik beli mana ubat nie?". Aku cakap aku tak tahu. Dr tue cakap, most of staff kat situ mmg mcm tak beretika sikit coz mentang2 dieorg berkhidmat dikampung mereka sendiri, so dia ambil mudah je semua perkara.

Since Dr tue dh cakap gitu, aku laju je cite pasal kakak time amik darah ari tue. So Dr sgt regret sebab staff dia tak bg special attention to OKU person. Aku repeat cakap kat doktor tue, I bukan nak layanan 1st class, cuma i sgt2 takut bila berlaku perkara yg tak diingini. So aku cakap kat Dr tue jugak, as anak, aku rasa sangat bertanggungjawab nak tahu, apa ubat yg ma aku boleh makan & apa yg dia tak boleh makan. So in future, tak akan berlaku lagi perkara mcm nie.

Dr janji akan refer ma ke Pakar Kulit coz dia kna double confirm, apa yg ma boleh makan & apa yg ma tak boleh makan. Nanti kat pakar tue jugak akan keluarkan list ubat mana yg ma boleh ambil & uabat mana yg tidak. Ya Allah, bersyukur sgt2, InsyaAllah lepas nie ma tak akan salah mkn ubat lagi.

Dr jugak personally bagi no HP dia and dia kata, in future klu ma & kakak datang klinik, dia suruh coll dlu sebelum dapat rawatan sebab dia nk tgk mcm mana staff dia entertain ma & kakak aku nnt. Dr cakap, ini semua bukan sbb nak bodek aku, tapi kes ma & especially kes kakak adalah kes special...

Harap ini bukan cakap kosong, kita tunggu next week sbb Dr akan bagi full report pada aku. InsyAllah Allah.... 

Wednesday, April 18, 2012

Hospital Jerantut Buat Hal Lagi!!! SUCK!!!



Time lunch tadi abah coll bagitahu ma tak sihat. Pastue abah suruh cakap ngan ma sendiri. Ma cite 2 hari lepas die demam, so ma pergi hospital nak dapatkan rawatan. Ma dah inform doktor yg ma alergic banyak ubat. So doktor tue mb dah take note le kan... Balik ma makan ubat tue petang, tetiba muka ma jadi bengkak sampai dia tak nampak. Bayangkan, ma sembahyang pon dah tak nampak sejadah dah... Lepas Isyak, ma repeat @ emengency Hospital Jerantut. Nurse tue boleh tanya ma, "Farmacy mana makcik beli ubat nie?" rasa nak lempang orang tak??? Dah tentu2 kat plastik ubat tue ada nama hospital ko kan....

So after doktor cek, doktor kata ubat tue ubat tahan sakit bukan ubat demam. So doktor bagi ubat lain. Ubat tue ma cakap kena makan 6 biji sekali gus sekali sehari... Pagi tadi ma makan le, dh tengahari nie ma ngadu jantung dia berdegup laju sangat. MB ma dh overdos...

Ya Allah, korang nie kenapa, nak bunuh org ke apa? Tolong r buat kerja ikhlas cikit. Kami tahu kami hanya org bawahan, tak berkemampuan nak pergi klinik beso2, tapi bukan itu jadi alasan untuk kamu buat kerja sambil lewa... Who should I issue up this case?? Dah banyak kali jadi kat family aku...so aku dah tak boleh bersabar dah!



Doa Duduk Antara Sujud

TAHUKAH KAMU.....






Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..

tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)



INSYAALLAH :)

Kenapa Mak Sayang Sangat Kamu?

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?

Anak : Sebab saya anak mak kan?

Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..

Anak : Apa tu mak?

Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..

Anak : Mak! Janganlah...

Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)

Kredit: Mamat Fan Page


 
P/S: Dedicate this song to my MA, I LOVE U SO MUCH...


Monday, April 16, 2012

AKU YANG KAU NIKAHI ADALAH SEORANG WANITA BIASA


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih..
Walhal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna...

Kerananya ku ingin kau tahu,
Aku bukan wanita yang sempurna,
Aku begitu banyak kekurangan...

Maka ketahuilah...
Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak Bonda Khadijah,
Kerananya ku ingin kau tahu,
Aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan...

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
Jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah,
Kerana bagiku kaulah pemimpinku,
Tak akan berani diri ini membangkang padamu...

Duhai kau yang telah memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku akan kelihatan cantik di matamu,
Ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek...
Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,
Menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti...
~ Insya’Allah ~

Maka aku akan tampak kotor dan berbau dapur...
Atau kerana seharian ku harus menghias & mengemas istana kecil kita,
Agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat...

Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja...
Maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana…

Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
Bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
Tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
Aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit,
Dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami,
Maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelap lena malam mu...

Jadi jika keesokan paginya kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
Maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku...

Padamu yang bakal menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, mungkin akan ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
Menangis dan tak terkawal,
Bukan karena ku membangkang padamu,
Tapi aku hanya wanita biasa,
Aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
Tempat untuk melepaskan penatku,
Dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
Atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
Maka bersabarlah,
Yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kita,

Kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya....
Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya,
Tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya...
Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
Tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
Tegurlah aku dengan hikmah,
Kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
Dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
Dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
Dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
Membimbingku ke arah-Nya,
Walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
Tapi jangan pernah letih mengajariku..

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
Bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
Agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu,
Kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
Akan menipis dan memutih...
Kulitku yang bersih akan mulai keriput...
Tanganku yang halus akan menjadi kasar...
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
Yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...
Karena satu yang tak pernah berubah,
Bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
Yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
Telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..

Maka, cintailah aku,
Dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..

Maafkan aku karena aku bukan sang puteri..
Aku hanya wanita biasa….
Terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA…..
Semoga kita bisa sama-sama bahagia…

P/S: Dedicated to my hubby, hope u will more understand me...

Monday, April 9, 2012

Adam Men Kentut

Kelakor je bunyi tajuk..hehehehe, tapi tue r, aku tak tahu nk bg nama apa permainan tue. Biase on Friday aku akan masak agak special, coz aku tak keje esk, so leh r spend banyak masa malam. So mlm Jumaat tue msak cendawan belacan + ikan bawal mask merah.

Lepas dah kenyang, mummy & dedi jemur perut depan TV le smbil melayan si Adam yg mnje klu time both of kami ada depan mata dia. Malam nie kami tergelak beso ngn teletah dia. Dia leh tiru aksi aku men buat kentut guna mulut tue. Mula2 aku buat kat dier, dier gelak terkekek..suka sangat dia org buat gitu. Pastue boleh die buat kat kami lak. Dh r buat kat muka, berlenje air liur dier...Dedi dia lak kesat muka die yg penuh ngan air liur tue ngn baju mummy. Teruk r dedi nie...  

PC Charity

Last entry aku janji nak cite kenapa kakde tetiba je ada kat umh aku Selasa malam Rabu tue (Aceh, mcm drama bersiri lak, ader episod bagai). Citenye gini, pada suatu hari....hahahahaha

Last month, kakak HR aku Kak Seri ada announce kt lunchmate kami if ada mana2 pertubuhan/ rumah2 anak yatim yang memerlukan PC, so beloh bg nama kat dia coz Exact our Holding nak kuarkan recycle PC. last month aku ada balik kg anto ma, so kesempatan tue aku ambil untuk bertanya pada cik Kiah, jiranku merangkap tukang masak di madrasah belakang rumahku. Aku ada pass name card dekat cik Kiah, kot2 ustaz tue nak PC. Tak sampai sejam, ustaz tue coll, tapi aku tak sempat pickup. So aku call back ustaz tue. Dia perkenalkan diri sebagai Ustaz Hakim. Dia cakap sgt berbesar hati kalau dapat PC tersebut. Aku bagitahu aku cuma membantu mengusulkan nama madrasah tersebut kepada IT department kami, tapi aku tak janji akan dapat ke tak, klu ada rezeki, Insyaallah.

Next day aku foward nama madrasah tue ke HR. And a few week HR inform yg IT akan bagi 5 PC untuk madrash tue. Alhamdulillah...On Tue (3/4/2012) aku gi ke G Tower, coz my director ada kat sana. Since dh singgah sana, aku terus collect PC2 tue. PC2 tue semua kosong lagi, so aku mintak tolong kakde untuk install pe2 yg patut. That y kakde ade kat umh aku mlm tue. Pas keje dia amik cab ke opis aku, pastue kami balik same2. So mlm aku antor dia ke Sentul, sekali ngn PC2 tue...

On Saturday, kakde inform aku yg ada 1 PC rosak. So kami bwk balik 4 je lol. petang tue jugak dalam kul 5.30PM kami pergi hantar. Alhamdulillah, klu ada rezeki dapat r replace yg 1 tue, tak tahu r, kna inform IT department dulu.

Friday, April 6, 2012

Adam VS Tikar Upin Ipin

Actually dah lame teringin nak beli tikar nie..dh berapa bulan duk usya kat FB http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1511581846

tapi memandangkan kewangan tak mengizinkan, terpaksa pospone je. Bukan mahal pon RM40 je, tapi bnyak brg len yg lebih penting, so terpaksa tangguhkan gak.

Since Adam lately suka sangat memanjat, pastue jatuh, aku harap tikar nie dapat membantu coz klu dia jatuh, xder r sakit sangat. Selasa malam Rabu aku ajak Kakde (eh jap, kenapa ada minah nie lak kat umah aku mlm nie...hehehe, nie next entry aku citer er!) pergi tgk tikar tue. Actually aku order ngn Suzi tikar pic Cars, tapi xder stock...so Suzi ngayat aku suh tgk tikar len. So aku pergi r umh dia ngusya tikar tue.

Pilih punya pilih, KakDe suggest suh amik Upin Ipin. Time bwk balik tikar tue Adam baru bngun tido, so dia buat muka cam "Tak cantik pon!". After hantar KakDe balik Sentul, aku saje je bentang tikar tue kat dalam bilik, buat alas tidur supaya tikar tue ilang kesan gulungnya.

TETAPI, Adam buat hal mlm tue. Sampai pukul 12.30AM dia berjaga sambil tepuk tikar tue. Tue pon lampu bilik dh padam, tggl lampu bilik air je. Tapi dia still boleh nampak pic Upin Ipin tue. Mula2 tergelak tgk teletah dia gitu, tepuk depan, tetiba pusing belakang nampak pic len tupuk belakang pulak, and seterusnye.. Last2 aku dah tak sanggup tggu dah. Tutup pintu bilik air, ambil kain selimut bedungkan dia... Dia marah bedung sbb dia ingat nak men lagi. terpaksa bukak, sbb sian. Dia men r dalam gelap tue. Aku tidur2 ayam...

Aku rasa after 15minit lepas tue baru Adam tido. Petang esoknya bila aku amik dia dari rumah mama dia, dia start sambung balik tepuk tikar tue..ADOYAI!!! Amik ko, penangan tikar Upin Ipin.

Monday, April 2, 2012

Takziah untuk Family Is

Malam tadi lebih kurang 10.45pm aku masuk tido, tggl my hubby tgk tv sorang2. Mane leh layan mate, esk dh keje, dh r Isnin..mmg blues gila klu tak tido awl. Tetiba dalam kul 1.30AM aku dapat panggilan telefon dari 'My Bro" a.k.a Sani... "Angah, ma Is dah takde" tue r ayat pertama yg terjah ditelinga aku..biarpon masih mamai, aku sempat lagi tanya, bile?? "Baru je tadi". Lepas talian diputuskan, HB aku sempat tnye, 'knp Ayang?" Aku jawab ngan confident " Ma Is dah meninggal." tapi dalam masa yg sama aku terus baring n kononnye nak sambung tido..tapi saat tue baru aku betul2 sedar. Time tue jugak Adam jaga mintak susu. So aku buatkan susu Adam. Sambil bagi Adam susu baru r otak aku dapt memproses maklumat2 yg baru sahaja aku terima tadi. Adushh, aku ni klu dapat tido, trus lembab...

Aku kejutkan hubby tanya sama ada dia nak pergi menziarah or tidak. Hubby kata ok, dalam masa yg sama dia masih tido. Lama gak aku nk dapat respon dari dia suruh siap. Sambil bersiap, sempat aku msg Kakde tanya dia nk pergi ke tak, sbb bila aku inform dia tadi dia msg tnya aku pergi melawat ke? Tapi time tue aku tak sure lagi, so sambil bersiap tadi aku sempat msg Kakde suruh siap. So nanti aku dropby amik dia kat Sentul dulu.

Sampai kat HKL, dalam pukul 3.30AM, aku terus tuju ke klinik saraf, tempat mak is dimasukkan before this. Time kami sampai, aku nampak van jenazah depan klinik tersebut, dalam hati aku terdetik, tak sempat dah nie...aku ingat tue r van jenazah yg akan bawak mak Is ke Temerloh. Aku terus coll Is, Is cakap dia kat umh kat USJ sebab nak packing barang. So aku cakap ngn Sani, Sani cakap, jenazah dh kena bawak ke unik Forensik. 

Setelah bertanya kepada polis bantuan yg bertugas, kami terus menuju ke Unit Forensik, sampai sana jumpa Abg Faisal anak Anjang Mie, coz dia mmg kerja kat HKL nie. Bertegur sapa ngn abg Faisal jap, aku terus jumpa kakak2 Is yang menunggu di depan unit tersebut. Menurut kakak Is, jenazah dh siap diuruskan dan hanya menunggu van jenazah untuk membawanya balik ke Temerloh. Aku tak tanya banyak, itu lebih baik aku rasa...

Actually ma Is jatuh sakit hari Khamis, 22hb tue lagi. Abg msg aku bgthu. Tapi aku tak perasan msg dia. Aku col kakde tanya. Kakde kata actually dia dari Temerloh, tapi Temerloh foward ke HKL. Pukul 9 aku try coll abg, alhamdulillah dapat. Abang cakap, ma Is dalam dewan bedah coz nak buang darah beku dalam kepala dia. Time lunch hour aku ngn Kakde roger pergi melawat dia kat HKL. 1st time sampai HKL, tank sangka aku namanye tak seindah kabar. tempat dia pack gile. Time kami sampai, dia baru keluar dewan bedah. tempurung kepala dia terbpaksa ditanggal untuk mengembanngkan kembali otak dia.

2nd kali aku sempat melawat dia bila bawak ma ngn abah pergi melawat. Kami pergi Sabtu petang.

Hanya Tinggal Kenangan - Al-Fatihah