lately mmg terasa sgt penat expecially dh balik kerja. Tapi nsib baik en. Hubby banyak membantu...balik je tgk pinggan dalam sinki dh habis dibasuh, botol susu Adam pon dah tertonggeng berjememur mengeringkan diri, nasik tengah berwap2 dalam rice cooker..so tugasku yang selebihnya hanyalah memasak lauk. Biasa aku masak simple je, sbb my Hubby sgt memahami... 'Ayg msk simple2 dah r...'
Tip Hilangkan Penat Cara Rasulullah Tatkala Fatimah mengadu kepada suaminya, betapa penatnya membuat segala kerja rumah. Saidina Ali menyarankan Fatimah berjumpa bapanya, Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Namun, Rasulullah tidak memberikan sebarang pembantu, sebaliknya sekalung zikir yang dipanggil ‘Zikir... Fatimah’, khas untuk anaknya yang kepenatan menguruskan keluarga. Tasbih - Subhanallah 33 kali Tahmid - Alhamdulillah 33 kali Takbir - Allahu akbar 33 kali Rasulullah SAW menyuruh Fatimah mengamalkannya setiap kali merebahkan diri untuk tidur. Sabda Baginda bahawa itu jauh lebih baik dari seorang khadam. Maka untuk ibu-ibu yang sering kepenatan di rumah (dan bapa - bapa juga), amalkanlah 'Zikir Fatimah' setiap malam sebelum tidur. Semoga esok pagi bangun dalam keadaan ceria dan gembira!
No comments:
Post a Comment