Wednesday, February 29, 2012

Kakak Condition...

Lunch time aku sempat call ma tanya condition kakak. Ma kata kena 5 jahitan. Time doktor jahit tadi dia tak betul2 lena pon, tapi doktor buat je. Td tido r kesan ubat pelali tue. Refer to ma, doktor bagi balik ubat lama. Actually ubat lama tue dah lame gak stop coz adik aku Sani pernah bgthu, ada kwn dia punya relative mkn ubat same, tapi relaitive dia tue gila. Kakak aku bukan gila, so ma mintak tukar ubat lain. Doktor pon amik darah kakak n bagi ubat baru. Ubat putih belang merah, aku tak tahu nama ubat tue. Since kakak makan ubat tue, datang lak penyakit baru. Tetiba je dia boleh shut off sendiri. Dia macam pitam, tapi pitam kita sedar gak sikit2, nie mcm pengsan tapi dalam a few second je. Bila jadi mcm tue kakak akan tetiba je jatuh kat mane..yg paling parah dia asyik telentang n kepala yg akan kna dulu...Kepala dia bersegi2 dah kesan dari bincut hentakan ke simen tue. Even kalau tertomos pon, mulut n idong kna dulu. So birbir die selalu pecah bila jadi macam tue.

Ma pernah cite lagi, ubat tue suppose kna bagi 3x sehari..tapi lepas ma bagi ikut schedule doktor tue, kakak gaya orang mamai, jalan pon senget2 je...so ma just bagi 1x sehari je. Even bagi ubat tue, kakak still kna sawan walaupon agak jarang, tapi bertambah sakit baru, shutdown tetiba.

As my advice, ma naik balik ke hospital n jumpa doktor balik. Ma ceritakan masalah kakak tue pada doktor. And the last ma kna marah sbb tak folo schedule makan ubat 3x sehari tue. Doktor tue cakap, jangan pepandai nak ubah schadule tue. Hello!!! Klu dah makan ubat, tetiba effect pada kita jadi macam org mambuk, of coz ada sumtin wrong kat situ... and last doktor just reduce dos sahaja. Doktor cakap nak amik darah, so they will decide tho give another madicine.

BUT

After 1 month, ma folo up semula, jumpa doktor lain pulak..doktor mintak ambil sample darah sekali lagi coz yang last month punya sample darah xder dalam rekod..before this nak amik darah kakak pai 5 6 lelaki pegang dia, dia tepis je...and nak buat semua nie AGAIN!!! Yes, kami nie bukan orang berada, bukan org ternama, bukan orang berpangkat...so tak perlu assist kami dengan baik n cemerlang, sebab tiap2 bulan gaji korang jalan jugak. And once again darah kakak diambil..tapi sampai la ke hari ini, langsung tiada apa2 respon dari doktor, samaada nak tukar ubat or apa...

Tadi ma cakap kakak dapat 2 ubat yang sama, so aku suruh je ma folo dulu instruct doktor. Once anything bad happen to my sister, i will up this case. Wait & see!

29th February 2012~We Will See Another 4 Years

Masa berlalu bergitu pantas. Kita telah berada di hujung bulan ke-2 untuk 2012. Sepecialnya date nie, kita hanya boleh jumpa for another 4 years lagi..Sapa lahir pada tarikh hari nie, kena tggu another 4 year nak celebrate birthday even digit umor tetap bertambah saban tahun..

Even hari nie special, pagi tadi on 10.30AM, aku sedang sibuk prepare gaji for 1 of my customer (Henry Schein), tetiba aku dapat call dari my Abah. Dia cakap now dia kat Emergency, Hospital Jerantut.. KENAPA?
As ma told me: Pagi tadi kakak agak 'bergalok' sebab dia dengar budak2 tahfiz belakang rumah pasang ayat2 mengaji kuat sikit dari biasa, so since pagi dia dah terjerit2 kegembiraan. Ma demam malam tadi. Abah ngan adik g noreh. Sudenly ma dengar sumtin jatuh, tapi ma lambat2 le keluar sebab dia tak sihat. Ma tgk kakak dh terjelepuk jantuh kat garaj kereta dengan kepala berjembang ngn darah. Almaklum r darah kepala..time tue ma kata kakak dh pucat. So ma angkat kakak ke depan. Tenagok xder orang pon nak mintak tolong time tu. So ma keluar ke simpang, pon xder org time tue. Ma nampak ada jiran berborak, so ma mintak jiran tgkkan kakak n ma pergi cari org mintak panggilkan abah di kebun.
Ma jumpe kak Sidah kat Tadika, so ma mintak tolong kak Sidah anto ke kebun.

Sampai kat emergency, ma cite 10 org pegang kakak nk cuci luka & jahit. Tapi kakak tepis je. Lepas tue doktor terpaksa enjet ubat tidur. So time abah coll tadi kakak baru je tertidur & doktor tengah jahit...

Moga kakak ok pas nie...

Tuesday, February 28, 2012

My Baby Progress: Merangkak

Lately benda paling best sekali apabila balik dari kerja, bagi salam masuk rumah, nampak Adam duduk dalam walker tekinja2 mintak diangkat..dia dah kenal mummy dier. Kadang2 lambat sikit angkat nak bukak tudung bagai, dh nangis..it's very sweet memorable.. Hilang semua penat berkerja seharian melihat telatah Adam sekarang.

Semalam, dedi dia letak atas lantai suruh dia menirap, aku lak kat dapur time tue. Dia nampak kelibat aku trus nak datang. Dah r menirap, pastue nk laju2, dah macam ulat beluncas dah aku tgk dia...haha,memang lawak.

Agaknye bosan je menirap, malam tadi tunjuk skill merangkak..tapi budget dah lesen P..padahal baru L. Even baru nak angkat badan, dh nak terus laju, terus r tertomos sebab badan tak balance lagi. Aku tukang gelak je..dedi dia laju tolong angkat..

Friday, February 24, 2012

Notes 4 MySelf: Doa untuk menangani anak nakal


1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan h...embuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur



2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk



3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak



4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati



5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu



6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.



7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar



8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"



9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.



10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.



11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.



Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan



1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa



2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102



3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24



4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.



5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.


Even Adam xder r nakal lagi time nie..tapi it's good info for me..InsyaAllah!

Tip Hilangkan Penat - ‘Zikir... Fatimah’

lately mmg terasa sgt penat expecially dh balik kerja. Tapi nsib baik en. Hubby banyak membantu...balik je tgk pinggan dalam sinki dh habis dibasuh, botol susu Adam pon dah tertonggeng berjememur mengeringkan diri, nasik tengah berwap2 dalam rice cooker..so tugasku yang selebihnya hanyalah memasak lauk. Biasa aku masak simple je, sbb my Hubby sgt memahami... 'Ayg msk simple2 dah r...'
 
Tip Hilangkan Penat Cara Rasulullah Tatkala Fatimah mengadu kepada suaminya, betapa penatnya membuat segala kerja rumah. Saidina Ali menyarankan Fatimah berjumpa bapanya, Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Namun, Rasulullah tidak memberikan sebarang pembantu, sebaliknya sekalung zikir yang dipanggil ‘Zikir... Fatimah’, khas untuk anaknya yang kepenatan menguruskan keluarga. Tasbih - Subhanallah 33 kali Tahmid - Alhamdulillah 33 kali Takbir - Allahu akbar 33 kali Rasulullah SAW menyuruh Fatimah mengamalkannya setiap kali merebahkan diri untuk tidur. Sabda Baginda bahawa itu jauh lebih baik dari seorang khadam. Maka untuk ibu-ibu yang sering kepenatan di rumah (dan bapa - bapa juga), amalkanlah 'Zikir Fatimah' setiap malam sebelum tidur. Semoga esok pagi bangun dalam keadaan ceria dan gembira!

Wednesday, February 22, 2012

terUKIR diBINTANG

Lately lagu nie makin banyak kali dimainkan di radio. Dah banyak kali dengar n hayati, aku fallin in LOVE to this song. Dh lirik dier comey, melodi dier pun klasik je..Layan jap lirik dia k...





Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna




Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu

Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku coba

Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia



Hati ini bukan milik ku lagi

Seribu tahun pun akan ku nanti

Kan… kamu…

Sayangku

Jangan kau persoalkan siapa dihatiku

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



So lagu nie dedicated sepecially to my Hubby..dah lame tak berjiwang nieh! hehehe... to my Hubby "TQ for everything, i LOVE u so much kurang sikit my LOVE to ALLAH. 

Saturday, February 18, 2012

My Baby Progress: Saya Ada Gigi!

Lama tak update progress Adam erk..actually dh makin lasak la nie. Makan pon dah kurang. Kalau g checkup naik sebulan cuma 250g je..mula2 risau jugak siap refer to doctor, tapi doctor cakap memang gitu baby on that stage, as long dia sihat and aktif, it's mean dia membesar bagai JUARA..hehehe.



Pas balik dari bercuti hari tue, Adam suka sangat mengigit benda2 yg boleh dia capai. Even klu kita dukung dia, tangan kita kena ke mulut dia, dia terus kemam masuk mulot dier. Aku lak lately boleh lupa nak bagi biskut supaya dia boleh gigit2. On 18/2/2012 dah boleh nampak gusi dia merekah. La nie dh nampak dah gig dia, ader sebatang je...

Thursday, February 16, 2012

Holiday-Penang (8-10 Feb 2012)

Aku suke je post benda dh basi..hehe, mcm aku ckp sebelum nie, aku mmg kna cari idea dlu sebelum menulis nie. Eh tulih blog pon kna ada idea ke? Of coz le, ko ingat ape... Lagi 1 alasan aku is masa tak mengizinkan, buat actually banyak je mase, tapi msa len tue spend untuk FB, Youtube, Synergy..apa2 jelah yg ade kat dunia tampa sempadan nie..accceh!

Actually holiday nie dh plan since last year, tapi disebabkan masa sangatlah tak mengizinkan, asyik postpone je. Aku available je, tp En. Hubby tue keje je memanjang. So bulan Feb nie aku rase date terbaik nak cuti2 Malaysia since ada Public Holiday (Maulidur Rasul + Thaipusam), so just tambah 3 hari je, aku dh blh dpt cuti 1 week. TERBAIK!... Since dah cuti lame aku pon usya hubby aku mintak balik kg dulu. Duduk umh pon buat apa, dia keje. Nasib Hubby allow, so aku pon balik ngan kakde coz leh jimat kos.

Kat kg sempat tengok sambutan Maulidur Rasul...Sejak ada sekolah tahfiz kat kg kami nie, makin meriah lak masjid dikampung kami nie ngan aktiviti keagamaan. Alhamdulillah, moga perubahan +ve ini akan kekal sampai bila2.


Kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul di Kg. Bukit Genting
Hari Rabu on 8hb baru aku gerak balik KL ngan adik2 aku. Malam nie aku ngn kakde akan nek flight ke Penang. Actually dh book sekali untuk my Hubby, tapi since adik pon nak pergi, so my Hubby willing to teman adik naik kereta hari esoknya.

1st time aku nek flight..hehehe, biorlah org nak kate aku kuno pon..tp itulah hakikatnye..aku excited, tp dalam masa yg same tinge rasa penuh sbb kita berada dalam kedudukan yg tggi. Yg kelako, time flight ngah nek tue, tetiba puting adam jatuh. Kakde suh aku cari kat bwh kerusi..aku ckp aku tak leh sbb dh nk termuntah menunduk gitu. Pastue kakde r yg cari..hehehe. Adam lak meragam kejap je, pastue dia lena pai r kat Penang. Pai Penang, kwn kakde amik kami, bwk kami ke homestay yg aku booking area dekat ngn rumah dia.

Esoknya aku lepak kat homestay pai my Hubby sampai ngn adik. Pastue kami terus gerak ke Georgetown and check-in kat Sunway Hotel. Pas lompat2 atas katil jap, terus keluar pergi bukit bendera. lepak kat Bukit Bendera pai pukul 6 lebih..






Pai hotel, adik ajak abg ngah dia tiruk kat kolam lak. Aku nak join tak leh plak, sbb ada adam..So pandang je r dieorg berendam..Adam pon actually baru pas mandi, tapi joint gak.




Malam lak Ika coll ajak jumpe...cantek!! memang mlm tue xde plan pon. Kunun2 nak jumpe Ika kat Batu Frenggi. Pkai GPS yg pinjam kat Sani..Aley2 sejam lebih nak pai disebabkan folo GPS yg sengal ubi tue. Sekali check, GPS punya setting dia letak the way recomanded..ptut r sengal. Ika cakap, klu dr hotel aku ke Batu Frenggi pon paling lama 15 minit je..kami nie dah kira pusing 1 pulau dah. Yang paling best jalan dia dh kalah jalan Karak - Pelangai...bukan jumpe selekoh adik beradik je, berbelas beradik pon ade. Pastue selama ikot jalan tue, kami jumpe 3 bijik kete je. Adik aku cakap 1st kereta Datsun lama..kali ke-2 pon kereta yang sama..adik aku cakap, kalau kali ke-3 jumpe Datsun tue jugak, comporm r mende len..nasib bek kali-3 tue wira & nak dekat sampai dah.

Sampai je kna gelak kaw2 ngn Ika..pastue kami g mkn and terus lepak kat Queansbay. Haha..dah lame tak jumpe, pai kol 1 pagi melepak..Balik terus keras tido..



So kat Penang tak bnyak tempat pon pergi sebab kesuntukan masa. Tak rasa pon the real nasik kandar and pasembor...Takpe, next time kita datang lagi!