Tuesday, August 16, 2011

Cuti Yang Lama...(Part II)

14hb June 2011


Ari nie medical check-up kat Hospital Sg. Buloh under Dr. Mohan. Aku g sorang je sbb hb dah start keje. Baby progress for today 36week 2days. Lepas je Dr. scan,dier decide suh aku bersalin hari nie or esk sebab air ketuban tak cukup. Terkanjat r aku, dah r aku tak prepare lagi. Dalam otak duk fikir, sure kena opperate. Doktor nak tolak terus ke labour room, tapi aku cakap aku nak balik dulu packing barang. Sebab klu suh hb packing, sure dier tak tahu. So doktor suruh aku masuk petang. Tapi before aku balik doktor bagi injection untuk kuatkan jantung baby. Cucuk kat bontot. Sakit siot cucuk tue, kebas bontot n kaki sebelah.

Petang tue pergi memang nervous gila r! Dari luar labour room tgk ramai gila org nak bersalin. Duduk berbaris kat kerusi yang dier sediakn..Aku check in kat kaunter labour room dalam kol 3PM, tapi kol 7 baru ader checkup. Tue pon macam saringan je~interview, amik BP & check jantung baby. Doktor decide nak masukkan ubat esok je, based aku punya condition ok lagi. Mula2 mereka nk anto aku ke wad, tapi tetiba ader room kosong kat labour room, so aku stay je r kat citu.



15hb June 2011

Hari nie lagi berdebar, tak tahu pe decition doktor. Lagi menambah kedebaran aku sebab kejap2 aku dengar org menjerit sakit bersalin. Ngeri siot! tapi aku bnyak bertawakal n berzikir untuk mengurangkan stress aku. Al-hamdulillah hb sentiasa disisi..even dier tak blh masuk dlm bilik aku tue, tapi aku leh kluar jumpe dier kat ruang menuggu. Petang tue dalam kol 6PM, doktor masuk n teruskan procedure induce (masukkan ubat ke dalam vegina untuk mandapat bukaan rahim). Selepas masukkan ubat tue, doktor tak bg bangun dari katil selama 3 jam. So aku rehat je kat katil sambil msg2 ngn hb aku. Dalam kul 9 lebih tue dah rasa contraction, tapi kejap2 je. Aku still blh berjalan lagi time tue.

Dalam pukul 12 tue dah makin kerap contraction die. Tapi bila nurse check, pintu rahim baru bukak 1cm je. Time aku memang dah tak tahan, sakitnye rase nak berguling2. So aku mintak nurce cucuk ubat tahan sakit je, sebab aku mmg dah tak tahan n tak boleh tidur langsung. Lepas cucuk, alhamdulillah aku boleh tidur sejam lebih. Lepas tue tetiba rasa sakit macam nak buang air besar, so aku asyik berulang ke toilet je even xde mende pon nak dibuang. Sampai pkul 4AM..time tue aku rasa macam period yg sangat banyak & rasa nak membuang lagi. So again aku pergi ke toilet. On the way ke toilet, darah dah turun. Menitik2 sampai dalam toilet. And again, xder apa pon yg nak dibuangkan. So aku balik ke katil. And aku dapati HP aku dh hilang. Masyaallah, mesti cleaner cilok nie. Memang celaka r, aku dh tak boleh nak contact hb aku kat luar. Siot gile. Sebab time aku keluar dr toilet, aku dah tak nampak darah atas lantai dah sebab ia dah dicuci. Msti hb aku risau gile sbb dah tak tahu perkembangan aku.

Pukul 6AM, nurse sekali lagi check bukaan rahim. Time tue dah bukak 4-5 cm. So dieorang terus buat preparation untuk aku bersalin. Time tue nak je aku suh stopkan semua procedure nie dulu sebab aku nak jumpa hb aku dlu. Tapi aku tak mampu, contraction dah semakin kerap. Aku ditolak ke labour room..time tue memmang aku dah bertawakal je. Sayu hati sebab hb tiada disisi, disaat aku sangat2 memerlukannya. Dalam pukul 7AM, doktor suntikkan aku dengan ubt tahan sakit sekali lagi. Ubat tue buat aku agak mamai. And doktor terpaksa buat bukaan dipintu rahim lagi and pecahkan air ketuban. Nurse pon ajar macam mana nak push. Since semalaman aku sakit and tak cukup tido, so aku xada tenaga sanagat untuk push. 15minit cuba push, nurse cakap dah boleh nampak kepala baby. So dia tanya aku nak hb masuk tak? Aku just angguk n sebut nama hb.

5 minit kemudian, hb pon masuk..Tak sempat pon nurse nak tnya hb, dier terus menonong datang dekat ngn aku. Nurse cuma nak tnye die alahan tak dengan darah banyak, tapi hb aku ok je!. Betul org cakap, bila ada org yg kita syg kat sisi kita, time sakit pon dah tak rase ape2. Lagipon aku dah lama sakit, since malam tadi, aku dah tak nk sakit lama2 lagi. Aku nak semua nie berakhir and aku nak rehat sepuas2nya lepas nie. Aku kumpul sepenuh tenaga, aku gengam tangan hb kuat2 minta sokongan and the last aku push sampai habis nafas. Sekali push, xder pe2 lagi. and the second push all out, akhirnya aku berjaya. Lastly aku dengar suara baby aku menangis. Dia angkat baby aku and show to me. Hb aku cium dahi aku and ucapkan terima kasih and luv u..Procedure di Hospital Sg Buloh, after deliver baby dia akan terus put atas mum punya dada 'skin to skin'. Time tue r nurse akan bersihkan bahagian dalam rahim termasuk mengeluarkan uri, cuci darah beku dan sebagai. Apabila selesai, baby akab diambil n dimandikan, manakala mummy dier akan dihantar ke bilik untuk berehat.




Sempat gak aku lelap time tue, tetiba hb kejutkan sbb nak azankan baby. Time tue perh syahdu seh. Selepas semua selesai aku dihantar ke wad. Petang tue barulah my family berkesempatan melihat ahli baru dalam family kami.



 































































Cuti Yang Lama...(Part I)

Hari nie hari pertama aku start keje kembali setelah 2 bln cuti bersalin. 2 bulan macam 2 mggu je...Knp private still tak announce lagi cuti bersalin 3 bulan tue, gov dah dapat dah, jeles aku! Sebelum tue aku nak warn kepada pembaca bahawa entry ini sangat panjang. Sebab aku akan cerita since beberapa hari sebelum bersalin, sampai r ke hari nie, 1st day masuk kerja..Yelah nak citer sebelum nie takder connection internet, so terpaksa hold je cite2 tue.


9hb June 2011
Aku dah start cuti hari nie...bukan cuti bersalin, tapi cuti adik aku Sani nak kawin. Kalau kira hari, hari nie baru 35w 4day. So aku balik dengan Sani je since my hb still keje. Hb akan balik esok sekali dengan KakDe.


10hb June 2011
Since lepas Jumaat tadi dah ramai sedara mara datang berkumpul sebab malam nie kami akan berarak ke Termeloh untuk majlis akad nikah. Kebetulan pula tarikh kawin Sani nie serentak pula dgn majlis jemput menantu jiran betul2 depan rumah aku, Acik Yah. Memang sebelum nie dah ada perancangan untuk buat majlis sekali, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, so terpaksa le kami berkongsi tarikh. Anak Acik yah tue baya aku yg nak kawin tue, nama dier Hanif. nasib bek kenduri besar dier on Saturday, manakal Sani lak on Sunday...So org Kg. Bukit Genting gantung periuk r weekend tue, siang malam ada mkn free. Hehehehe. Pas maghrib kitaorg gerak ke Temerloh. Lepas Isyak majlis akan bermula. Al-hamdulllah, dengan sekali lafaz je Sani sah bergelar suami org.

Sani & Is


















Habis majlis akad nikah kami terus balik rumah. Tak singgah pon rumah Acik Yah sebab dah tak larat + bnyak keje lagi kat rumah. Malam tue rumah Acik Yah ada buat keduri doa selamat sikit.




11hb June 2011


Pagi2 lagi dah kena bangun untuk last touch up for hantaran Sani. Gubahan dah siap, tapi barang hantaran tak deko lagi. So kena finalized sebelum pukul 10am coz pukul 11am dah nak bertolak utuk berarak ke Temerloh.



Kasut










Perfium




Yang tak blh bla, time nak berarak, baru perasan yang 1 hantaran telah tertinggal kat rumah..Dah r benda penting gak tue, bunga telur! Aley2 berarak je r ngan 6 hantaran je! Sempoi beb. Balik dari berarak, Acik Yah ader gak ajak makan rumah dia, time tue memang dah tak larat nak makan sbb aku makan 2 kali kat rumah pengantin perempuan tadi. Mule2 makan kat khemah biase, pastue sambung lak makan kat khemah pengantin. habis udang panjat aku sembat sorang2...kekeke. Lagipon time aku balik tue memang dah ramai org datang rewang kat rumah aku. Malam tue ada kenduri doa selamat rumah aku lak. Pas kenduri paking barang godies lak. Lepas setel, aku buat dadih. Berjaga sampai pukul 5AM...Pergh, time aku kawin xde lak berjaga pai lewat gini sey!


12hb June 2011




Aku bangun pukul 7 pagi, amik ko! Terlajak sudah. Hehehe, sbb best tido bilik pengantin..kakaka.. Ari tue aku tak bnyak buat keje sangat pon. Duk melepak n tengok org je..Sebab bile aku buat je sikit, depa semua tak bagi, sebab depa kata aku dh sarat sangat. So keje aku melayan tetamu berborak..I like! Sebelum nie pon aku dah sound abah aku, 'Abah, time abg kawin nanti bior kakngah yg salam kaut erk!' kekeke, tapi hari tue seposen pon aku tak dapat. Cess!


13hb June 2011




Ari nie kitaorg buat operasi kemas mengemas r.. Keje aku tak berat sangat gak, basuh pinggan yang kecil2 je, lap2 pinggan..Malam tue kami gerak balik KL.