Hari nie hari pertama aku start keje kembali setelah 2 bln cuti bersalin. 2 bulan macam 2 mggu je...Knp private still tak announce lagi cuti bersalin 3 bulan tue, gov dah dapat dah, jeles aku! Sebelum tue aku nak warn kepada pembaca bahawa entry ini sangat panjang. Sebab aku akan cerita since beberapa hari sebelum bersalin, sampai r ke hari nie, 1st day masuk kerja..Yelah nak citer sebelum nie takder connection internet, so terpaksa hold je cite2 tue.
9hb June 2011
10hb June 2011
9hb June 2011
Aku dah start cuti hari nie...bukan cuti bersalin, tapi cuti adik aku Sani nak kawin. Kalau kira hari, hari nie baru 35w 4day. So aku balik dengan Sani je since my hb still keje. Hb akan balik esok sekali dengan KakDe.
10hb June 2011
Since lepas Jumaat tadi dah ramai sedara mara datang berkumpul sebab malam nie kami akan berarak ke Termeloh untuk majlis akad nikah. Kebetulan pula tarikh kawin Sani nie serentak pula dgn majlis jemput menantu jiran betul2 depan rumah aku, Acik Yah. Memang sebelum nie dah ada perancangan untuk buat majlis sekali, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, so terpaksa le kami berkongsi tarikh. Anak Acik yah tue baya aku yg nak kawin tue, nama dier Hanif. nasib bek kenduri besar dier on Saturday, manakal Sani lak on Sunday...So org Kg. Bukit Genting gantung periuk r weekend tue, siang malam ada mkn free. Hehehehe. Pas maghrib kitaorg gerak ke Temerloh. Lepas Isyak majlis akan bermula. Al-hamdulllah, dengan sekali lafaz je Sani sah bergelar suami org.
![]() |
Sani & Is
|
Habis majlis akad nikah kami terus balik rumah. Tak singgah pon rumah Acik Yah sebab dah tak larat + bnyak keje lagi kat rumah. Malam tue rumah Acik Yah ada buat keduri doa selamat sikit.
11hb June 2011
Pagi2 lagi dah kena bangun untuk last touch up for hantaran Sani. Gubahan dah siap, tapi barang hantaran tak deko lagi. So kena finalized sebelum pukul 10am coz pukul 11am dah nak bertolak utuk berarak ke Temerloh.
Kasut |
Perfium |
Yang tak blh bla, time nak berarak, baru perasan yang 1 hantaran telah tertinggal kat rumah..Dah r benda penting gak tue, bunga telur! Aley2 berarak je r ngan 6 hantaran je! Sempoi beb. Balik dari berarak, Acik Yah ader gak ajak makan rumah dia, time tue memang dah tak larat nak makan sbb aku makan 2 kali kat rumah pengantin perempuan tadi. Mule2 makan kat khemah biase, pastue sambung lak makan kat khemah pengantin. habis udang panjat aku sembat sorang2...kekeke. Lagipon time aku balik tue memang dah ramai org datang rewang kat rumah aku. Malam tue ada kenduri doa selamat rumah aku lak. Pas kenduri paking barang godies lak. Lepas setel, aku buat dadih. Berjaga sampai pukul 5AM...Pergh, time aku kawin xde lak berjaga pai lewat gini sey!
12hb June 2011
Aku bangun pukul 7 pagi, amik ko! Terlajak sudah. Hehehe, sbb best tido bilik pengantin..kakaka.. Ari tue aku tak bnyak buat keje sangat pon. Duk melepak n tengok org je..Sebab bile aku buat je sikit, depa semua tak bagi, sebab depa kata aku dh sarat sangat. So keje aku melayan tetamu berborak..I like! Sebelum nie pon aku dah sound abah aku, 'Abah, time abg kawin nanti bior kakngah yg salam kaut erk!' kekeke, tapi hari tue seposen pon aku tak dapat. Cess!
13hb June 2011
Ari nie kitaorg buat operasi kemas mengemas r.. Keje aku tak berat sangat gak, basuh pinggan yang kecil2 je, lap2 pinggan..Malam tue kami gerak balik KL.
No comments:
Post a Comment