Sekiranya anda mengalami kelahiran normal, kemungkinan besar anda mempunyai luka episiotomi.
Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tip-tip ini:
1-Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia
bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit.
Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.
2-Pastikan
kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan
jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh
mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi
kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun
yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.
3-Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
4-Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses
pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah
nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga
digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
5-Jangan duduk
atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang
berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
6-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk
mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan
jahitan terbuka.
7-Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
8-Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan
perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba
Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat
enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
9-Sitz bath.
Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air
garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
10-Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat
luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat
100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.
11-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
12-Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan
meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan
angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting
kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang
air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan
kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan
susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh
dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka
anda.
Credit to with thanks: Kelab Ibu-Ibu Bersalin Dan Berpantang
Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:
1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon
SUP IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
STEAM IKAN
Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.
SINGGANG IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.
IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak
Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.
IKAN TENGGIRI MASAK AIR
Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
SUP IKAN TENGGIRI
Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.
IKAN HARUAN GORENG REMPAH
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak
Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.
IKAN HARUAN KUKUS
Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris
Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.
SUP IKAN HARUAN
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris
Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.
IKAN GELAMA MASAK ASAM
Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam
Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis
Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)
Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit
garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.
IKAN PANGGANG HALIA MUDA
Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.
IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.
IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM
Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.
Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.
IKAN BILIS DAUN KARI
Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.
Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.
Credit to: Kelab Ibu-Ibu Bersalin Dan Berpantang
~ Cekur Manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan
tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang
telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
~ Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E,
kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam
kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang
soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah
kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil
kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah
terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
~ Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina.
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan
air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,
longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) or longan segar yang jual kat
pasar.. tp jgn bebyk karang sakit tekak plak.
~ Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat
menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh
didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba,
keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling
sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan
merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis
dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh
diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
~ Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan
dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat
india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan
air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan
ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih
sebelum menyusukan bayi.
~ Lobak Putih
Tidak perlu
dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih
dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar
beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
~ Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi
ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa
helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah
diminum dua hingga tiga kali sehari.
~ Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada
api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap
hari sehingga susu badan anda banyak
~ Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk
menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan…
Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat
gulai masak lemak cili api.
~ Kurma
Unsur zat besi dan
kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling
tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah
kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan
kandungan susu
Credit to: Kelab Ibu-Ibu Comel Menyusu

Mewujudkan tabiat tidur yang baik: 0-3 bulan
Tidur yang tipikal pada usia ini
Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam
sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan
ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur
tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama
ada pada waktu siang atau waktu malam. Ini bermakna: Anda tidak akan
dapat tidur terus tanpa gangguan. Pada waktu malam pula, anda akan
terpaksa bangun untuk menyusukan anak dan menukar lampin; pada waktu
siang pula, anda juga akan bermain dengannya.
Ramai ibu bapa
risau mengenai risiko kematian kot pada masa beberapa bulan pertama usia
bayi. Apa yang disarankan ialah supaya semasa ia berusia enam bulan ke
bawah, bayi tidur pada waktu malam di dalam kot yang terletak di sebelah
katil ibu bapa. Saranan lain termasuklah:
• Letakkan bayi anda dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya.
• Letakkan dia dengan kakinya rapat dengan hujung kot supaya dia tidak
dapat menggeliang-geliut mengelungsur masuk ke dalam selimut.
• Pastikan suhu bilik bayi anda adalah di sekitar 18 darjah C / 64 darjah F.
• Bagi kain-kain alas katil, gunakan cadar dan selimut yang berongga dan bukannya duvet.
• Periksa yang bayi anda tidak terlalu panas atau terlalu sejuk dengan
merasa bahagian perutnya: jika dia terlalu panas, alihkan selimut; jika
dia sejuk, selimutkannya. Jangan memeriksa di bahagian tangan atau
kakinya sebab adalah normal bagi bahagian-bahagian itu berasa sejuk.
Bagaimanakah anda boleh mewujudkan tabiat tidur yang baik
Berikut adalah beberapa perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membantu bayi anda tidur pada usia ini:
Belajar mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan dia sudah letih
Semasa usia enam hingga lapan minggu, bayi anda tidak boleh berjaga
lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika anda lewat
menidurkannya, dia akan terasa terlalu letih dan tidak akan dapat lena
dengan mudah. Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah
mengantuk. Adakah dia menggosok matanya, menarik telinganya atau
menunjukkan lingkaran hitam di bawah matanya? Jika anda mengesan
tanda-tanda ini atau tanda mengantuk yang lain, cuba letakkan dia ke
dalam kot atau raga kendongnya. Lama-kelamaan anda akan memahami secara
intuitif mengenai ritma dan pola harian bayi anda dan akan tahu bila
masanya dia sudah bersedia untuk tidur.
Mula mengajarnya perbezaan di antara siang dan malam
Sesetengah bayi suka berjaga pada waktu malam (anda mungkin dapat
petandanya semasa anda hamil dahulu) dan kadangkala bayi anda akan
berjaga apabila anda baru sahaja lena. Hari-hari pertama selepas
kelahiran, anda tidak akan dapat menangani ini. Tetapi apabila bayi anda
berusia kira-kira dua minggu, anda sudah boleh mengajarnya membezakan
malam daripada siang. Apabila dia giat dan berjaga pada waktu siang,
bermainlah dengannya sekerap mungkin, pastikan rumah anda dan biliknya
cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti
telefon, TV atau mesin basuh. Jika dia suka tidur semasa sedang menyusu,
kejutkan dia. Pada waktu malam, cuba jangan bermain dengannya apabila
anda masuk ke biliknya untuk menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah
dan bunyi-bunyi bising di tahap minima, dan jangan terlalu banyak
bercakap dengannya. Tidak lama lagi, dia akan tahu bahawa waktu malam
ialah waktu untuk tidur.
Berikan dia peluang untuk tidur dengan sendiri
Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, anda boleh cuba memberi
peluang kepada bayi anda untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik
melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang
mengantuk, tetapi masih berjaga.
Bagaimana anda menidurkan
bayi anda adalah penting. Anda mungkin merasakan bahawa apa yang anda
lakukan semasa hari-hari permulaan itu tidak mempunyai kesan yang
berpanjangan, tetapi sebenarnya ada. Bayi sedang belajar bagaimana untuk
tidur. Jika anda dodoikan bayi anda untuk tidur setiap malam pada lapan
minggu permulaan, dia akan mahu didodoi setiap kali. Inilah sebabnya
sesetengah pakar tidak menyokong anda mendodoi atau menyusukan bayi anda
untuk tidur, walaupun dia masih di usia yang muda. Untuk mewujudkan
cara tidur bayi yang mantap, anda perlu menggunakan strategi yang sama
setiap malam.
Kesulitan yang mungkin timbul
Tidak banyak
perkara yang boleh menganggu gaya tidur bayi yang masih kecil. Tetapi
apabila anak anda berusia dua atau tiga bulan, dia mungkin akan:
• terjaga pada waktu malam dengan lebih kerap daripada yang sepatutnya;
• mengaitkan perkara tertentu dengan aktiviti tidur yang berkemungkinan akan membawa masalah kepada anda nanti.
Bayi yang baru lahir perlu bangun pada waktu malam supaya mereka dapat
menyusu tetapi sesetengahnya akan terkejut dari tidur sebelum mereka
perlu menyusu. Kadang-kala kehadiran anda berhampirannya akan
menenangkannya dan dia akan kembali tidur.
Untuk mengelakkan
bayi mengaitkan (membuat asosiasi) perkara tertentu dengan tidurnya di
mana bayi bergantung kepada sesuatu seperti dodoian atau penyusuan untuk
lena, letakkan saja bayi anda di katil sebelum dia tidur dan biarkan
dia lena dengan sendirinya.
Penyelesaian masalah tidur
Anda perlu mengajar bayi anda sedikit demi sedikit bagaimana untuk tidur
sepanjang malam. Para pakar tidak sependapat mengenai cara terbaik
untuk melakukannya dan terdapat pelbagai falsafah yang bercanggah.
Beberapa cara penyelesaian utama digariskan di bawah.
Penyelesaian 1
Bayi anda boleh dilatih untuk memperolehi tabiat tidur yang baik seawal
usia enam minggu. Caranya ialah mewujudkan rutin tidur malam dan tidur
siang yang konsisten dan meletakkan bayi di atas katilnya semasa dia
masih berjaga. Selagi anak anda boleh tidur dengan sendiri, anda boleh
melayan panggilannya pada waktu tengah malam atau semasa tidur di siang
hari. Gantikan sebarang asosiasi tidur yang bergantung kepada kehadiran
anda (apa saja yang memerlukan anda berada di situ seperti dodoian atau
penyusuan) dengan barang lain yang akan berada di situ semasa bayi anda
terjaga (seperti selimut kegemarannya).
Penyelesaian 2
Anda mahu melakukan yang terbaik untuk anak anda dan membantunya
membentuk tabiat tidur yang baik merupakan sebahagian daripadanya. Anak
anda belum faham lagi mengenai apa yang terbaik untuknya dan akan
menangis jika dia tidak mendapat apa yang dia mahukan. Matlamat anda
ialah membantunya tidur dan belajar tidur dengan sendiri.
Penyelesaian 3
Latihkanlah bayi anda untuk tidur dengan sendiri serta dapat
menenangkan dirinya sendiri apabila dia terjaga. Anda boleh membantunya
membezakan antara malam dan siang dari mula dengan mengadakan penyusuan
malam dalam keadaan senyap dan tenang, manakala di waktu siang,
mengejutkannya jika dia tidur terlalu lewat. Lama-kelamaan dia akan
belajar untuk menyimpan tidur panjangnya untuk waktu malam. Jika dia
terjaga, gunakan suara anda untuk menenangkannya tetapi lebihkan tempoh
masa antara jarak waktu anda mendekatinya. Ini akan membantunya belajar
tidur dengan sendiri.
Penyelesaian 4
Bantu bayi anda
untuk relaks dan biar dia tahu bagaimana menenangkan dirinya sendiri.
Jangan biarkan dia "meluahkan tangisannya," tetapi jangan pula terus
pergi kepadanya apabila dia mula merengek. Tunggulah beberapa minit dan
pastikan dia benar-benar terganggu dan terjaga, barulah masuk ke
biliknya, meyakinkannya dan menenangkannya tanpa mengangkatnya keluar
dari kot atau raganya. Sebaliknya, usap dan tenangkannya dengan
menggunakan tangan anda dan bercakaplah dengannya. Pada mulanya, pergi
kepadanya setiap beberapa minit, tetapi lama-kelamaan panggilkan namanya
saja dari luar bilik. Adalah satu idea yang baik untuk mewujudkan rutin
waktu tidur yang tenang dan menyokong yang meliputi cerita pengantar
tidur, mandian dan lain-lain.
Penyelesaian 5
Bina sikap
tidur yang positif dalam anak anda dengan sentiasa menyokongnya selain
memberikannya persekitaran yang tenang dan relaks yang akan membuat dia
mengantuk. Dia akan belajar menganggap tidur sebagai sesuatu yang
menyeronokkan, dan bukan sesuatu yang ditakuti.
Tidak terdapat
cara yang "betul" untuk menggalakkan anak anda tidur sepanjang malam.
Anda perlu memilih penyelesaian yang sesuai bagi anda dan keluarga anda.
Sharing is Caring
Rumpai Ibu Kolagen Sabah RM10
-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan
sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan
selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah
akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca
Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji
bagi Allah Tuhan semesta alam"
. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Dipersilakan SHARE n LIKE ♥
DI KONGSI BERSAMA Suami isteri,keluarga bahagia
KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that
all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a
day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama)
tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her
solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because
the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But
it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi
dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena
make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat
together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan
anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her
teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium,
senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya
Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat
Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti
ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing!
“mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu
sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how
Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah
loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak
cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes
we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell
Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be
strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun
pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have
to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on
her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and
tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what??
memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia
terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh
rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat
terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi
ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi
memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She
was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i
wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how
happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna
ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni
peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of
you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are
disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world
so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the
foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to
all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh
diajar berjalan terus…fahamkan?
Credit to Affeirul XXX & WARDINA SAFIYYAH

✿ ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR ✿
Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan
lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk
menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan
bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan
dengan penuh kasih sayang.
Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja.. (^_^)
Sharing is caring! ♥ Chubby Baby ♥
Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan
lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk
menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan
bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan
dengan penuh kasih sayang.
Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja.. (^_^)
Credit to: Sharing is caring! ♥ Chubby Baby ♥