Thursday, August 16, 2012

Tragedi Malam Almond London

Lol, tajuk entry nak gak related ngan kuih raya. Mmg lew, time buat almond london benda nie jadi. Malam tadi mmg planning nak celup coklat jew almond london kami tue & malam tadi malam terakhir buat kuih. So lepas nie leh buat benda len macam pack barang & kemas rumah, coz Jumaat dah nak balik kg. Pas maghrib aku trus trun umh Kak Ina, amik barang2 umh kak Ita, sbb kak Ita takde dia pergi Seri Gombak kejap. Anak2 dia kakak & kak Ngah jew ada kat umh. Aku panskan coklat sementara kak Ina kemas dapur dia & prepare makanan utk laki die.

Tengah kami buat kak Ita balik. Ngan muka cemas dia cakap 'Ina, akak tak dapat tolong malam nie, akak akak sakit, akak nak g semula ke Seri Gombak'. So kami continue buat berdua jew. Dalam kul 11 kak Jue datang rumah. So tambah sorang lagi kakitangan...hehehe. 

Mata dh kuyu, tapi gagahkan jugak nk habiskan semua almond yg ada tue. Senang, pas nie tak yah pikir dah. Lebey kurang kul 11.30PM tetiba nampak satu cahaya terbang laju melintasi muka kami berdua, aku ngn kak Jue. Kak Ina time tue duduk kat balkoni, ngah bertelipon. Pastue meletup 2 kali tue jew yg aku ingat, sbb benda tue jadi pantas sangat. menjerit r kami 1 rumah. Adam lak time tue dalam buai. Terus menangis macam org kena hesteria. Aku sendiri tk penah tgk Adam nagis mcm tue...Aku angkat Adam dari buai, terus ke balkoni. Kak Ina dh terjerit2 marahkan bebudak tue. Laki kak Ina yg dah masuk bilik pon berlari keluar. Mmg time tue kami mrh gile. Kak Ina dah nak turun, tapi nampak bebudak tue lari tak cukup tanah ke Blok E. Yang aku nampak 4 orang yg agak tembam2 gak.

Ini r natangnye yg hampir pecahkan muka kami....


Lepas agak reda kejadian tue, kami semua mengeletar kaki tangan. Aku dgr jantung Adam bukan men laju lagi. Aku peluk dia kuat2. Sian anak mummy. Kak Ina cakap, dia dia kenal 1 of them. Esok kak Ina nak g tnya mak ayah dia. Klu aku jumpa bubudak tue, aku nk je letupkan mercun depan muka dieorg. Klu r kena Adam semalam, mmg aku bawak parang trun semalam...tak kira dah ank sape. Yang aku pelik tue men kat parking kete tue apa kejadahnye, dah masuk rumah org. Pergi r tala kat tasik tue ke, kat ladang sawit tue ke, tak ada sesiapa nak marah.

Tak lama lepas tue abg turun ambil Adam. Adam ngn tangan2 ngn muke2 cita dalam bahasa dia kat ayah dia...bersungguh dia bercite..hehehe

Pagi tadi lepas hantar Adam, kak ina suruh masuk umh dia. Dia tunjuk kat dinding umh dia ada kesan terbakar. 2 tempat lak tue...tempat ke-2 tue betul2 meletup dekat ngn buai Adam. Allhamdulillah, Allah lindungi anak aku...Syukur padamu ya Allah.


Wednesday, August 15, 2012

Almond London Punya Pasal

Ini r hasilnye klu buat menda tak planning. Isnin malam kami bncuh kuih sarang semut, time nk tenyeh kuih tue baru r sibuk cari sagat. So far ada 1 jew sagat yg beso lubang idung. Aku punya sagat yg beli time bujang dulu, anto balik kg. Penyudahnye kami tak mampu nak siapkan sarang semut sebab lambat buat kerja sagat kecik. Isnin pagi Kak Ina cakap dia akan sambung menyagat lagi. Semalam Kak Ina cite  dia siap penyagat pukul 4ptg. Aduhai, penatnye kak Ita & kak Ina. Kecian dieorg.

Malam tadi aku sampai umh kak Ita, tgk dia dh siap bncuh almond london. Aku dtg tukang gentel je r. Almond tak cukup, so suku bancuhan kna buat kosong. Tue pon dah pukul 11.30PM dah...badan punya tak larat dah time tue. Malam nie insyaAllah will be continue utk celup almond tue ngn coklat jew.

Penyudahnye pagi tadi aku tak sedar sahur. Aku sedar Adam nangis mintak susu. Tgk jam dah pukul 5.45AM...alamak, awat tak dengar pon bunyi alarm. Siap Adam menyusu, aku check handphone. Tgk handphone aku alarm dia set pukul 6.30AM. Nie mesti kerja abg nie, sbb pagi semalam aku nampak dia men tepon aku...bertuah punya laki...

Monday, August 13, 2012

Project Kuih Raya

Weekend Minggu Ke-3 Berpuasa 2012

Penatnye...nk nulih entry pon rasa tak larat. Tapi tadi tgk planning bos, dia on leave hari nie, so dari takder mende nak buat bek aku tulih entry nie. Hari aku EL tue aku dh discuss ngn Kak Ina nak share beli barang buat kuih raya. So Kak Ina kata dia on. Weekend baru nie kami merempit r ke Chow Kit. Kat situ ada sebuah kedai yg jual semua alatan membuat kuih & kek secara borong & murah2. Dah 3 tahun aku jadi pengunjung setia kat kedai nie. Kawan aku Fid yg perkenalkan aku kedai nie. 2 tahun lepas, aku ngn Fid yg selalu share beli barang buat kuih nie. Tahun nie tak dapat dh le, sbb sorang kat utara sorang kat selatan...

Aku nie tiap2 tahun akan buat kuih same jew, sbb kuih2 tue yg jadi favourite aku. Kuihnye semperit, sarang semut, almond london & tat nenas...so tahun nie pon same le...Sabtu tue balik dari chow kit dalam kul 1 lebey, terus buat jem nenas. 

Ahad or semalam dapat siapkan tart & semperit. Pukul 4 lebey baru siap...Melepek kami bertiga. Terasa sangat penat sebab sambil buat kuih terpaksa berperang ngn kerenah anak2..adeh! Will be continue malam nie...plan nak buat sarang semut, tak tahu r pukul berapa lak leh siap.

Friday, August 10, 2012

Doa Penawar Sengugut

Jumpa pic nie dalam FB tadi. Terima kasih pada Shawls@AYUCINTA kerana share this good info. Setiap penyakit ada penawarnye, even sakit senggugut.


Adam Sembahyang

Last Wednesday aku balik lambat sikit dari biasa coz singgah bazar ramadhan. Abang balik lewat hari nie, so aku tak masak coz xde orang nak jaga Adam. So tapau je r. Siap tapau nasi kandar Line Clear lagi...dari smlm dh nk makan nasi kandar, tapi smlm beli nasi kerabu dulu. Hari nie baru le lepas hajat nk makan nasi kandar.

Sampai kat rumah terus amik Adam. Nek atas terus aku solat. Siap bentang sejadah, si kecik tue dh nek dulu. Tgk jelah aksi dia, aku sendiri pon dah tak mampu nak cakap apa2. Umur baru setahun 14 hari, sgt bijak meniru apa sahaja yg kita buat.


Moga besar nanti dia akan jadi ank yg soleh, penyejuk hati Mummy & Ayahnye. Amin!

Our Big Family Berbuka Puasa

We are ready to shopping..let's go ayah!
Ahad yg pack. Pukul 10AM kami dah keluar rumah coz ari nie plan nak beli baju raya. Sampai Jalan TAR dh ramai org. The 1st thing nak cari ialah baju melayu Adam. Sampai dh nak habis pusing jalan TAR tue dah, akhirnya jumpa sepasang baju melayu yg agak match ngn ayah dia & size pon ok ngn Adam. Aku terus rembat coz aku tgk baju tue mmg tinggal sehelai jew dh. Siap beli baju Adam, aku suruh ayah dia bawak dia ke kereta & tidurkan dia coz dia dh ngntuk + orang makin pack. Aku lebey rela jalan sorang2 dari berbondong2 ngn Adam. Aku tgk abang pon dh basah baju sebab panas + penat kot kna dukung Adam sepanjang jalan tue.

Sesambil tunggu kakde sampai aku dh survey 2 3 booth yg jual baju kurung. So bila kakde sampai jew, kami terus tuju booth yg aku dh mark tue. Tak leceh kami membeli, pilih corak & warna yg nak, try sarung, muat terus bayo. Tambahan pulak, orang dah makin ramai + hari dah amkin panas. Better kami continue perjalanan kami yg plan nak pergi Kenanga Whosale pulak.

Dalam pukul 1 gerak ke Kenanga Whosale. kat sini nk beli baju abg + nak topak baju Adam sikit. Aku plan nak beli kasut. Sampai kat sana, parking pon takde. Nek pai tingkat 11 baru ada parking. Aley2 sempat beli baju abang & Adam jew. Boleh pulak jumpa kawan lama aku merangkap jiran aku time sekolah rendah ari tue. Jumpa Ida & family dia sekali dalam lift. Tak sempat nk berbual lama sebab dia dh nak keluar lift. Nak balik tue pulak leh jumpa jiran aku time duduk Damansara Damai tue pulak, si Fiza & anak2 dia. Lol, ramai jugak org yg aku kenal menyoping kat sini erk.

Pukul  baru gerak dari KL. Terus kew Padang Jawa coz family abang dh book kedai steamboat kat situ.
Rebus Rebus Steamboat & Grill. Actually tak tahu sgt located tempat tue, men roger jew pergi. Al-hamdulillah, kami org yg terawal sampai. Since takde sesiapa lagi sampai, ajak abang pergi petronas kat I-City mandikan Adam. Cian kat dia, seharian tak mandi, mummy ngn ayah dia tak mandi takpe lagi.

Bila kami balik semula ke kedai, ramai yg dah sampai. Aku rasa cam separuh kedai tue family kami. 3 table panjang...

***Credit pic to Emy & Along. Cilok dari FB diaorg. Pic steamboat tue pic Emy. Yg len2 pic along. Dalam kamera along rasa xde pic makanan, semua tepek muka kami...kekekeke

Tgk, separuh kedai kami dah concurs..hehehe 

Steamboat
Our big family (Nie pon dh kurang 1 family coz diaorg dah balik)
We are FAMILY
With cousin

Double Sedih...

Every time bila 1st August akan hadir rasa sayu & sendu, tapi pagi nie trus banjir aku. Sesampai je opis si Rina budak receptionist bagitahu berita yg mengejutkan.

Kak, ayah kak Seri dah meninggal
Hah? Bile?
Pagi tadi..
Pukul berapa?
entah kak, Rina tahu pon Elaine bagitahu.

Aku terus menonong masuk bilik. Pass bay kat Elaine, dia mintak tolong hantarkan e-mail untuk info semua staff & buat sikit collection.

Semalam aku MC, so aku dh tak update pe condition ayah kak Seri. Biasa every 2 or 3 days aku selalu tanya dia.

Kak, ayah ko cane?
Hari nie ok sikit, ada la makan 2 3 sudu.

and sometime she answer me...

hari nie dia tak mau makan, risau akak. Akak cuba nak suap dia pon dia tak nk...

Since 2 3 bulan kebelakangan nie jew ayah dia kurang sihat. masuk hospital suspect buah pinggang. Tapi bila doktor check cakap xde apa. So bawak balik rumah. Bila kat rumah kadang2 worst, kadang2 ok. 

Sampai pukul 10 lebey aku still takleh buat keje lagi. Sedey seh...aku inform Eddie pasal nie. 1 hour later, Eddie ajak kami pergi ziarah. Mula2 aku mcm tak boleh pergi, yelah kalau aku belum kawin senang, roger jew, nie dah kawin...kna mintak permission dulu. Aku coll hubby dia cakap hari nie hari Rabu so dia balik lewat. So aku cakap aku nk pergi ngn kawan, dia cakap ok le, pergi le. 

Since aku dh jadi wife org, tak manis lak aku pergi berdua je ngn Eddie, so tanya Lin, Rina & Kak Zai. Dia org pon on jew. Tanya KH & Mei San, mula2 Mei San on if KH on, tapi lepas tue Mei San cakap dia tak jadi. On d way Kak Zai bagitahu yg KH pon tak jadi pergi. Since abang balik lambat, so aku kena pick-up Adam & angkut dia sekali. Kami gerak dari office dalam pukul 4PM setelah mendapat permission dari Ms Lilian utk balik awl.

Singgah umah aku amik Adam & sembahyang. Pastue gerak jumpa Eddie kat R&R Kuang. Rupanya rumah kak Seri atas lagi dari Kuala Selangor, kat Tanjung Karang. So sampai rumah Kak Seri dalam pukul 6.45PM. Kebetulan Kak Seri nk buat tahlil before berbuka, so kami pon joint le. Berbuka kat rumah Kak Seri malam tue kami berlima.

Dalam pukul 9 lebey gak baru kami gerak balik. Since aku tompang kete Kak Zai, terpaksa le Kak Zai anto aku pai rumah

Al-Fatihah untuk ayah Kak Seri. Semoga rohnye ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Amin.



Friday, August 3, 2012

1 August ...Ia Datang Lagi

Pantas sungguh masa berlalu, ia datang kembali meggamit seribu kenangan. Kisah kami, tentang kami...dimana aku berlajar erti sebuah persahabat, erti sebuah kesetiaan, erti sebuah cinta yg tulus, erti sebuah pengorbanan... Mengenalinya adalah rahmat Allah yang tak terhingga buat aku. (Stop jap, air mata mula nak gugur lagi).

Sebelum aku teruskan, aku nak minta maaf pada semua sahabat2 ku yg terlibat dalam kisahku ini. Aku janji tidak akan menyebut nama korang dalam entriku ini demi menjaga nama baik semua kawan2 ku itu. Tapi pada mereka yg mengetahui, biarlah ia terus tersimpan dalam lipatan kenangan kita. Detik perkenalan kami bermula apabila seorang dari sahabat baik aku telah couple ngn mamat nie. Since pada itu kami mula rapat. Aku sebagai kawan melihat hubungan mereka sebagai 1 pasangan yg ideal..ideal dari semua segi. Klu aku gaduh & nak mintak pendapat dia dalam hubungan aku & pasangan aku pon aku akan refer to dia. Entah dimana silapnya, hubungan mereka terpaksa berhenti. Meski pon aku tahu kisahnya, better aku tak payah cerita disini.

Bermula kisah air mata buat pasangan ini. Aku sebagai kawan hanya mampu menasihati sahaja, tapi keputusan ditangan mereka jua. Namun hubungan aku dengan mamat tue tetap berjalan seperti biasa, malah lebih rapat lagi. Actually hubungan itu terpaksa aku rahsiakan dari sahabat baik aku kerana aku tak mahu dia beranggapan yg bukan2 pulak tentang aku. Yelah, time tue kami mmg rapat. Boleh dikatakan tiap2 hari dia akan col or msg bertanya khabar aku & kwn2 aku. Nampak seperti dia menjadikan aku jambatan untuk dia still mengikuti perkembangan kekasih hatinya, tapi pada aku tidak, sebab kalau boleh aku memang nak tengok mereka bersama. Kalau dia col aku terpaksa cakap jauh2 dari kawan aku tue.

Nad, sape col...
Hehehe, bf aku r...

Hakikatnya aku bergayut ngn bf dia. Sori sahabat, aku banyak tipu ko. Aku masih ingat kata yg selalu mamat nie cakap kat aku..

'Nad, kalau ko syg seseorang tue, ko sayanglah dia sepenuh hati & tunjukkan kasih syg ko kat dia, sebab mungkin ko tak akan ada peluang lagi nak menyayanginya'

Bila dia sebut ayat itu aku dgr suara dia sikit berubah. Mb dia sebak, coz pada saat & ketika itu, dia hanya mampu menyayangi insan yg dia cintai dari jauh sahaja. Dia langsung tak berpeluang nak tunjukkan kasih syg dia yg melaut tue pada kekasihnya. Dia hanya dpt mendegar berita tentang kekasihnya melalui aku sahaja... Time tue nak je aku cakap kat kawan aku nie, wei pompuan, klu ko tak nk bf ko nie, biar aku je yg sembat... Tp mmg tak le aku cakap mcm tue, sbb klu gf dia bagi pon for sure si dia tak mampu nak sayang aku sebanyak mana dia syg gf dia. Sbb dia syg aku cuma sebagai kawan sahaja.

Setelah berbulan2 aku sumbatkan telinga kawanku itu dengan nasihat & kadang2 paksaan (sebab aku nie kurang kesabaran untuk memujuk) akhirnya mereka couple semula. Aku tgk si dia adalah manusia yg paling bahagia sekali. Aku pon tumpang gembira.

Takdir Allah, kita langsung tak tahu. Aku masih ingat semua detik kejadian hari itu. Tapi aku dah tak mampu nk ceritakan kembali sebab aku rasa tetiba hari itu makin panjang & kalau aku buat entry pon sure panjang sgt. Nnati ada extra masa aku akn cerita detailnye. Pagi tersebut kami dapat berita yg si dia terlibat dalam kemalangan, dan dia meninggal ditempat kejadian. Gelap gelita sekejap dunia kami...dunia sahabat2 yang mengenalinya.


Lagu favourite arwah.

Tapi bila dihayati semula bait2 lagu tersebut, ia betul2 mengisahkan tentang perjalanan cinta arwah sehingga ke akhir nafasnya.

Biar Bulan Bicara 
Bulan sabit

Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu

Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri

Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini




Sebab tue setiap tahun, bila masuk je 1 August, aku akan teringatkan dia. Al-Fatihah utk sahabatku Azam B. Aziz