Adam bangun since pukul 5.30AM..so terpaksa le aku & ayah dia
meleayan dia main. Ayah dia siap mintak ngan Adam nk tido 5 minit, pastue laju
je tngan kecik tue tarik idung ayah dia & tampar muka ayah dia...'Dik,
nasib baik ko kecik lg, klo beso sikit, compom ayah ko balas
balik..hehehe'
Dalam pukul 7 baru r dia tido semula. Aku pon berangan r nk
sambung tido balik since ari nie aku kena pegi mid valley so boleh r kuar rumah
lewat sikit. baru nak lelap, hp lak bunyi. Abah col pepagi nie nak ape
erk...Adeh! Abah cakap ma nk cakap. Ma sampaikan berita beritahu Paklong Nu yg
duduk kat Pekan tue dh meninggal pagi tadi pukul 2.00AM.
Innalillahiwainnailaihirajiun....
Arwah sepupu ma, dalam erti kata len dia pak sedara aku le. Kami
tak r serapat mana, ada jumpa kurang dari 10x tak silap aku. Yang buat aku
kenal sangat dia, coz time aku belajar kat Muadzam Shah hari tue, dia pon kerja
TNB kat sana. Itu sahaja kenangan yg aku ada bersama dia.
Ma ajak aku balik. The 1st think aku cakap ok jelo...aku col kakde
nak pinjam kete + nak ajak dia balik sekali. Tengah kemas2 baju Adam, tetiba
baru teringat hari nie last day closing month end. Tambah pulak aku kena pergi
mid valley utk dapatkan signature KK for 1 urgent bank draft. Terpaksa col ma
bagitahu tak dapat balik. Suara ma dh len macam..'takpe r klu deme semua bz.'
Adeh, ayat2 gini le buat aku lemah + cair nie. Try coll Sani, mane r tau dia
leh balik since Is pon tak keje ari nie. Tapi dua2 keras tido kot, hp tak
berjawab. Last choice, terpaksa kejutkan adik. Cakap elok2 ngn adik,
al-hamdulillah, adik on je.
Since adik xnk bwk moto dia ke rumah kakde, so aku kena anto dia
ke Seri Gombak. Diaorg gerak dari KL dalam pukul 8.45AM. Dalam kul 10.30AM tadi
kakde col kata dieorg dh on d way ke Pekan. Semoga perjalanan mereka selamat
pergi & balik
Al-Fatihah utk arwah paklong, Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin....