Saturday, April 30, 2011

DVT (Deep vein thrombosis) - Part II


On 27/12/2010 aku kena admit to Hospital Sg Buloh pulak...Refer dr Hospital Temerloh. Wah, hospital lagi.. Tapi ok sikit hospital nie, sbb dekat ngn my hubby. Tapi sangat kecian kat my hubby, mana lagi nk keje, astue petang nak datang tgk aku kat hospital~i luv u sayang~

Kat hospital nie pon aku kena ambil darah lagi. Lagi banyak, 6 botol. Tapi nasib mereka nie in advance, ada peralatan yg canggih, so time amik darah tue tak rase sangat sakitnye. 1st day kat hospital tue, ada datang seorang doktor india lelaki. Dia cakap dia terpaksa cucuk aku 3 kali. Time tue aku nampak dia tolak troli yg penuh ngan jarum2. Aku pulak terpaksa redha je...tapi dalam hati tetap menyumpah.




1st dier amik darah kat lengan, pakai jarum yang besar...penuh jarum tue ngn darah aku. 2nd time dia amik darah kat nadi. Dia cakap yang nie sakit sikit...tp masalahnye yg nie betul2 sakit..,dier tekan kat pergelangan tangan aku, apabila nampak nadi berdenyut kat situ, dier akan cucuk disitu...sedangkan klu kena urat pon sakit, nie kena nadi. Menjerit aku kesakitan. 1st time dier tarik darah tue, darah tak mou keluar, dier keluar just cecair warna putih je...Dia cakap dia terpaksa buat sekali lagi, sbb darah tak mou keluar, time tue aku rase nak terajang orang. kesan cucuk kat lengan pulak tetiba berdarah, tak mou berhenti lak tue. Doktor terpaksa suruh 1 of budak praktical tue tekan ngn kapas kuat, supaya darah dapat berhenti... 2nd time doktor tue cucuk, barulah dapat darah tue...darah tue mmg nampak lagi pekat n warna kehitam2an.




Last sekali doktor cucuk untuk masukkan laluan..yang biase dipasang untuk masukkan air tue. time tue aku dh tak sedar ape2 dah...aku menangis tahan sakit. Pas je doktor tue blah, aku coll hubby, nangis2 ngadu kat dier...rasa sangat tak tahan bila tubuh badanku dijadi ujukaji.




Masuk hari ke dua n ketiga, aku pelik bila aku still tak dimasukkan air or darah or ubat apa2 melalui jarum yang terlekat ditangan aku...Aku nekad bertanya dekat pakar yang datang visit patient pagi2 buta tue. Pakar tue pon pelik, kenapa aku msti dipasangkan dengan jarum tue, sedangkan ia tidak digunakan. Sekali lagi doktor india tue dipanggil untuk beri penjelasan. Jelas sekali yg dia mmg tak ada reason for that. So dia pakar tue suruh tanggal. Aku dendam nak mati kat doktor tu, dier sengih2 mcm kerang busuk je. Masuk hari 3 aku mintak keluar sebab majlis pertunangan adik aku weekend tue... Mula2 doktor tak bagi, tp setelah aku buat muke 10 sen, tengahari tue die allow aku balik ngn syarat on Monday aku kena admit balik.




So dapat aku cuti 2 hari...terus balik kg.. bahagia sangat dapat sedut udara segar kat luar.



Isnin aku admit semula untuk dapatkan ubat baru...3 hari gak kena tahan lepas tue...




Setiap sebulan sekali mcm nie la aku bwk balik ubat....





Sehari 2X kena cucuk




Tak ingat berapa balang dh kena buang sebelum nie...