Assalamualaikum...Cepat sungguh masa berlalu. Cuti 4 hari pon rasa macam cuti weekend jer...Haizhh...balik kg ingat boleh r tido n bangun lewat sikit. Alay2 mak aku pot pet pot pet...haizhhh bonda!! tak tasi can langsung.
Kesempatan cuti gini, aku pon men'setel'kan keje2 yang melibatkan berurusan dengan kerajaan. Klu tak cuti, memang tak sempat nak buat. Cerita nie bukan nak mengaibkan, @ menjatuhkan mana2 pihak. Ia sekadar berkongsi cerita. Pagi Jumaat aku gerak pergi Pejabat Agama daerah ..... (better aku tak sebutkan tempatnya). Aku pergi ke sana untuk mengambil borang kebenaran berkahwin untuk pihak lelaki. Sepatutnya abang (tunangku) yang patut ambil, tapi memandangkan dia dah tak cuti, and since aku pun cuti, so aku willing to ambil dia punya borang. Actually aku tak tahu mana letak Pejabat Agama Islam daerah itu. Klu nak diikutkan mmg aku dibesarkan di sebuah pekan kecil di daerah tersebut sejak aku sekolah rendah and menengah. Tapi time tue 'ader aku kisah!' mana pejabat agama tue. Based pada plan yang abang cakapkan pada aku, aku terus tuju ke destinasi. Aku sampai dalam kol 11.30 pagi. Time aku sampai aku ada nampak sepasang suami isteri baru turun dari pejabat itu. Mereka dah agar berumur. Mungkin mereka mengambil borang untuk anak mereka. Bila aku sampai dikaunter, aku lihat aku sorang jer customer di situ, and di kaunter pon ader seorang pekerja. Aku pun menunjukkan resit pengambilan borang itu. Pekerja tersebut terus mendapatkan borang aku yang dah complete tue dan menghulurkannya kepada aku.
Pekerja : Cik kena pergi photostat dulu 1 copy and datang kat sini semula.
Aku : ??? (confius sambil mengira berapa helai borang yang ada ditangan ku. Ada 5 helai)Encik, kat sini xder mesin photostat ker?
Pekerja : Ada (Dengan nada yg agak serba salah)
Aku : Encik tak boleh ker tolong photostat kan borang nie?
Pekerja : Tak boleh r... kita tak buat photostat.
Aku : ??? (sekali lagi confius, dah ader mesin photostat tue, tak boleh photostat lak, habis nak buat pe letak kat opis tue, nak buat basuh baju kot! whatever!)
Ala...encik, tolong r ..bukan banyak pon...5 helai jer...
Pekerja : Tak boleh r...lagi pun kita tak keluar resit untuk tue.
Aku : ( 5 helai pon nak kuar resit ker? bukan banyak sangat. baru 50 sen)
Encik, saya tak familiar sangat area nie, saya tak tahu kat mana kedai photostat kat sini
(dengan harapan dia akan tolong aku photostatkan borang2 nie)
Pekerja : Cik datang nek pe?
Aku : Kereta
Pekerja : K, kat simpang depan nie, cik ke kanan, pastue akan nampak kedai sederet. Kt hujung kedai tue ada kedai photostat.
Aku : Ok r...
Actually aku tak tahu pon kedai dia cakap tue. Aku pon coll abang and tanyer kat mana aku boleh dapatkan kedai photostat. So abang suh aku cari kat bandar. Aku terus ke bandar. Photostat kat kedai gambar. Dah siap aku patah balik ke Pejabat Agama tue.
Sampai kat Pejabat Agama, aku serahkan semua borang yang ada pada tangan aku ke kaunter tadi. Pekerja di kaunter tersebuat ambil borang yang aku photostat and bagi yang original copy pada aku. Job is done. Aku termangu2 (so dier suh aku photostat tue untuk dier keep copy for their referance...haihzz...)
Sampai di pintu keluar, aku terserempak dengan seorang makcik. Actually aku perasan makcik nie kat simpang jalan semasa aku masuk lepas aku balik photostat tadi. Di tangannya, aku nampak slip yang sama aku bawak untuk aku ambil borang aku tadi. (Dalam hati aku berkata, for sure makcik nie pon kena kelaur balik, pergi photostat dulu 1 copy semua borang tue, and patah balik ke Pejabat Agama nie, untuk hantar balik borang yang dah siap photostat tue. Dah r aku nampak dia berjalan dari simpang depan tue tadi, mb makcik nie datang nek bas. Klu r kes kami juga sama, kesian mak cik tue nak kena nek bas sekali lagi g bandar untuk photostat)
Betapa tak efficient nya berurusan dengan pejabat macam tue. Kalau macam nie, sampai bila2 pon rakyat akan mengambil masa yang lama untuk berurusan ngan pejabat kerajaan. Urusan yang boleh diuruskan dalam masa beberapa jam pon dah boleh jadi beberapa hari...mana lagi nak kena cuti lagi, nak berurusan pulak di daerah kelahairan...haizhh susah2.